Home > Berita > MAKANAN YANG BAIK DAN SIHAT BUAT IBU MENGANDUNG

MAKANAN YANG BAIK DAN SIHAT BUAT IBU MENGANDUNG

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

fruit

MAKANAN YANG BAIK DAN SIHAT BUAT IBU MENGANDUNG | Makanan yang baik dan sihat perlu diambil oleh ibu yang mengandung. Ini supaya bayi dalam kandungan sentiasa sihat dan berkeadaan baik.

Makanan yang baik dan sihat penting kerana ibu mengandung memerlukan zat bagi membantu pertumbuhan bayi mereka supaya bayi sentiasa sihat.

Berikut beberapa makanan sihat digalakkan untuk diambil oleh ibu mengandung.

Pengambilan Sayuran Hijau

Kebanyakan sayur hijau mempunyai banyak asid folik dan zat besi bagi menyokong pertumbuhan janin. Antara yang digalakkan ialah bayam dan kangkung.

Pengambilan Bijirin

Sangat baik diambil untuk ibu mengandung. bijiran mengandungi pelbagai mineral, vitamin B, karbohidrat dan kalsium yang diperlukan untuk menyokong aktiviti ibu mengandung dan nutrisi janin dalam kandungan. Anda juga boleh memilih roti gandum sebagai alternatif makanan pengganti bijirin yang kaya dengan kandungan serat.

Buah-Buahan

Antara buah yang elok diambil seperti pisang atau epal yang boleh dijadikan makanan selingan atau kudapan. Pisang sangat kaya dengan asid folik yang diperlukan dalam pembentukan sel otak bayi. Namun, tidak disarankan diambil dalam jumlah yang berlebihan .Buah-buahan yang banyak mengandungi serat boleh membantu meningkatkan metabolism dan ketahanan tubuh.

Makanan Yang Kaya Dengan Protein

Ibu yang mengandung memerlukan pengambilan protein yang tinggi. Salah satu sumber protein adalah daripada produk olahan susu seperti keju dan yoghurt. Protein sangat penting untuk pertumbuhan jaringan sel bayi dan memperbaiki jaringan sel yang rosak dan pembentukkan otot. Hasil produk olahan susu seperti keju juga terbukti kaya dengan kalsium yang boleh membantu pertumbuhan tulang janin yang dikandung.

Ikan Salmon

Ia mempunyai Omega yang akan menambah kecergasan buat janin. Ikan salmon sesuai dinikmati oleh ibu mengandung kerana tidak banyak mengandungi merkuri.

Sumber-woman online magazine

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *