Home > Berita > Mana Lebih Baik Simpan Telur Di Dalam Peti Atau Di Luar Pada Suhu Bilik

Mana Lebih Baik Simpan Telur Di Dalam Peti Atau Di Luar Pada Suhu Bilik

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Sudah pasti ramai diantara kita yang menyimpan telur di dalam peti sejuk kerana ingin memastikan telur berkenaan tahan laman berbanding dengan simpan di luar.


Sebenarnya menyimpan ini mana lebih bagus? adakah di dalam peti atau pada suhu bilik? jom baca penjelasan dari pihak Root Of Science ini.

Sedikit informasi berkenaan misteri penyimpanan telur, ini adalah sains juga!

Sepanjang minggu ini, penulis telah membaca banyak artikel berkenaan telur, terutamanya berkaitan isu penyimpanan. Ada berkata simpan dalam peti sejuk, ada berkata simpan suhu bilik.

Kalau ikut kajian di US, mereka lebih suka simpan di dalam peti sejuk, tahan dari bakteria Salmonella katanya.

Walaupun begitu, berdasarkan kajian di UK pula, mereka lebih suka menyimpan telur di suhu bilik, iaitu suhu bilik yang stabil. Namun apa yang perlu kita ambil tahu juga adalah suhu di negara mereka adalah sejuk walaupun ‘summer’. Jadi logiklah mereka menyimpan telur dalam suhu bilik.

Jika kita lihat di supermarket pula, kebiasaanya telur akan diletakkan dalam keadaan suhu bilik kerana aircond di dalamnya dapat menstabilkan suhu.

Telur yang lama tidak digunakan

Jadi, apakah kesimpulannya?

Kajian menyatakan suhu optimum untuk menyimpan telur adalah setinggi 2 darjah Celcius bagi mengelakkan telur itu terdedah pada risiko jangkitan Salmonella, namun kajian ini disangkal oleh satu kajian di barat (UK) menyatakan telur yang disimpan di peti sejuk dan suhu bilik (20 darjah Celcius) tidak ada bezanya dari segi kualiti dan risiko jangkitan.

Jika ikut cara penulis? Penulis akan simpan telur di dapur (dalam suhu bilik) tetapi basuh dahulu jika ada kotoran, kotoran inilah punca jangkitan Salmonella. Basuh apabila mahu guna telur berkenaan. Cara ibu penulis pula lain, dia akan basuh dan simpan telur di dalam peti sejuk.

Kedua-dua cara boleh diterima namun jangan gunakan telur yang lama, dikhuatiri ia telah retak atau lapisan kutikel (cengkerangnya) telah telap, ini yang bahaya sebenarnya.

Lapisan kutikel yang telah retak


Tips Penyimpanan Telur :

1. Perhatikan tarikh setiap kali telur dibeli, dan jangan terpedaya untuk membeli telur murah dengan membeli kuantiti yang banyak. Sebaiknya, beli telur setiap minggu atau setiap 2 minggu bagi memastikan kesegaran telur.

2. Basuh telur sekiranya ada kotoran, lap dengan kain yang kering sebelum disimpan.

3.Jangan simpan telur di pintu peti sejuk, ia akan mendedahkan pada ketidak seimbangan suhu. Pilih tempat suhu yang konsisten.

4.Jika anda simpan telur di suhu bilik, jangan simpan terlalu lama, telur yang lama akan rosak dan ketelapan kutikel (cengkerang telur) akan berkurangan menyebabkan telur akan masuk angin.

Sumber : Root Of Science

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *