Home > Berita > Mawi Dan Ekin Komen Kes Kawan Baik, Zila Seeron Ditangkap Khalwat

Mawi Dan Ekin Komen Kes Kawan Baik, Zila Seeron Ditangkap Khalwat

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Mawi Dan Ekin Komen Kes Kawan Baik, Zila Seeron Ditangkap Khalwat

mawi ekin

Penyanyi, Mawi dan isterinya, Ekin merupakan rakan baik kepada Zila Seeron dan juga Along Cham. Kini Mawi dan Ekin telah memberi sedikit komen tentang kes tangkapan Zila Seeron berkhalwat dengan suami orang.

Mawi berkata beliau dan isterinya hanya mampu mendoakan kesejahteraan Zila selain melahirkan rasa simpatinya.

Ini komen Mawi:

“Saya dan Ekin turut simpati dengan apa yang berlaku. Bagi saya, ia adalah perjalanan hidup masing-masing.

“Sebagai kawan, saya dan Ekin akan terus mendoakan Zila dan Along,”

Mawi berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai kejadian yang menimpa Zila memandangkan beliau dan isteri ialah sahabat baik kepada wanita itu. Malah, Zila turut bekerja di butik pasangan terbabit.

Sementara itu ditanya adakah beliau mahupun Ekin akan terus membenarkan Zila bekerja dengan mereka selepas kes berkenaan, ini komen Mawi: “Tak tahu pula selepas kes ini. Dia (Zila) tolong Ekin seminggu sekali saja di butik. Semalam pun dia ada berhubung dengan Ekin,” -PENMERAHDOTCOM

Sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *