Home > Berita > MENDEBARKAN!! Sejam Atas Batu Terperangkap Kepala Air

MENDEBARKAN!! Sejam Atas Batu Terperangkap Kepala Air

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

MENDEBARKAN!! Sejam Atas Batu Terperangkap Kepala Air

terperangkapp

Dua remaja lelaki memalui pengalaman yang tidak akan dilupakan mereka apabila terperangkap di atas batu besar lebih sejam di tengah-tengah air terjun.

Ini terjadi apabila tiba-tiba berlakunya kejadian kepala air ketika berkelah di Air Terjun Pertak, Kuala Kubu Bharu.

Remaja itu ialah Muhammad Ashyraf dan Nur Muhammad Azman yang kedua-duanya berumur 21 tahun.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3.40 petang, yang mana ketika itu mereka sedang mandi bersama enam lagi rakan sebelum hujan lebat.

Kedua-dua mangsa dipercayai tidak sempat naik ke tebing namun enam lagi rakan mereka dapat menyelamatkan diri.

Bomba menghantar sepasukan penyelamat apabila menerima laporan dari rakan-rakan mereka.

Jurucakap bomba Selangor, berkata anggota bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menyelamatkan kedua-dua mangsa menggunakan peralatan tali menyelamat.

Ini kenyataan Bomba: (Berita Harian)

“Kedua-duanya berjaya melintasi kawasan air terjun yang deras menggunakan tali menyelamat yang kita rentang ke tebing tanpa mengalami apa-apa kecederaan.

“Mangsa bersama enam rakan sampai ke kawasan air terjun itu pada jam 2 petang dari Selayang untuk berkelah sebelum fenomena kepala air berlaku akibat hujan lebat kira-kira jam 3 petang,”

Difahamkan, pasukan bomba terbabit turut menyelamatkan sekumpulan lagi pengunjung air terjun berkenaan yang terperangkap di seberang kawasan air terjun di satu lagi lokasi lain air terjun berkenaan. -PENMERAHDOTCOM

Bomba membantu menyelamatkan dua lelaki yang terperangkap di tengah sungai akibat kejadian kepala air di Air Terjun Pertak, petang tadi.

Bomba membantu menyelamatkan dua lelaki yang terperangkap di tengah sungai akibat kejadian kepala air di Air Terjun Pertak, petang tadi.

Bomba membantu menyelamatkan dua lelaki yang terperangkap di tengah sungai akibat kejadian kepala air di Air Terjun Pertak, petang tadi.

kepala-air-4

Sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *