Home > Berita > Mulai 2018, Pekerja Yang Hilang Pekerjaan Layak Untuk Terima Elaun Tunai

Mulai 2018, Pekerja Yang Hilang Pekerjaan Layak Untuk Terima Elaun Tunai

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Kerajaan memperuntukan RM122 juta untuk pekerja yang kehilangan pekerjaan di bawah Sistem Insuran Pekerjaan (SIP) bermula awal 2018.

Menurut Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Datuk Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed, individu ini layak menerima faedah interim berbentuk elaun tunai berjumlah RM600 sebulan sekurang-kurangnya selama tiga bulan.

Jelasnya, seramai 57,282 individu dijangka menuntut faedah berkenaan yang melibatkan lebih RM103 juta tahun depan.

“Melalui program SIP juga, mereka yang menjalani perletakan jawatan secara sukarela (VSS) dan tamat tempoh kontrak perkhidmatan juga layak menerima faedah berkenaan,” katanya.

Tambahnya, pihak Perkeso akan mengadakan hebahan melalui jerayawara (roadshow) selama sebulan di 17 lokasi terpilih di seluruh negara mulai rabu lalu.


“Ia bertujuan memberi kefahaman mengenai liputan, pendaftaran, caruman, pentadbiran dan penguatkuasaan SIP kepada majikan, pekerja dan kesatuan pekerja di negara ini,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia Datuk Dr Mohd Gazali Abas menyasarkan sejumlah RM470 juta akan dicarum oleh 6.4 juta pekerja swasta melalui program SIP.

Jelasnya, SIP bakal dilaksanakan pada Januari depan sebagai satu jaringan keselamatan sosial yang bertujuan membantu golongan pekerja swasta yang kehilangan pekerjaan untuk mendapatkan bantuan kewangan dan mencari pekerjaan baharu.

Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang SIP 2047 pada 25 Oktober lalu serta Rang Undang-Undang itu akan dibentangkan di Dewan Negara untuk kelulusan.

Melalui skim SIP, kadar caruman oleh majikan sebanyak 0.2 peratus dan 0.2 peratus daripada gaji bulanan pekerja.

Sumber -Bernama

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *