Home > Berita > ‘Najib adalah terbaik’

‘Najib adalah terbaik’

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Dr M minta pengundi beri peluang PM terus pimpin negara

NEW DELHI: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi satu tip politik yang ringkas dan padat bagi pengundi rakyat Malaysia.
Sambil memuji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana ‘membetulkan kesilapan’ dalam sistem politik, beliau berkata Najib perlu diberi peluang untuk memimpin negara.
“Beliau semakin popular, beliau membetulkan kesilapan yang telah dilakukan oleh pengganti saya. Saya sokong Najib, beliau adalah yang terbaik, beliau layak diberi peluang,” kata Dr Mahathir pada sidang akhbar di sini, semalam. 
NAJIB bersama Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mendengar perbahasan perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO di PWTC, semalam.
Negarawan yang berumur 86 tahun itu berada di sini untuk menghadiri sidang kemuncak tahunan pemimpin Hindustan Times di mana beliau menyampaikan ucaptama. 
Dalam ucapannya, beliau memberi amaran terhadap pemimpin global untuk memerhatikan perubahan besar yang sedang berlaku – kegagalan rancangan ekonomi pusat, pengaruh media sosial dan kerancakan orang ramai menyeberangi sempadan. 
“Ini adalah perubahan radikal yang berlaku dalam abad ke-21. Semua ini akan memberi kesan terhadap apa yang kita lakukan, bidang politik, ekonomi, sosial atau kewangan. 
“Jika kita enggan mengakui perubahan ini, kita tidak akan mampu menghadapi cabaran-cabaran ini,” katanya. 
Dalam ucaptamanya bertemakan ‘Cabaran Perubahan Dalam Abad Ke-21’, beliau berkata demokrasi bukan satu sistem yang buruk tetapi bukan satu penyelesaian bagi semua kelemahan politik. 
“Demokrasi adalah satu bentuk terbaik sesebuah kerajaan, bukan mudah untuk mentadbir kerana rakyat tidak faham mengenai batas-batas demokrasi,” katanya.
sumber-bharian.com.my

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *