Home > Berita > “Nanti Letak Kicap Banyak-Banyak, Habis Juga,” Nasi Basi Dicampur Untuk Nasi Goreng Didedah Bekas Pekerja Kantin Sekolah

“Nanti Letak Kicap Banyak-Banyak, Habis Juga,” Nasi Basi Dicampur Untuk Nasi Goreng Didedah Bekas Pekerja Kantin Sekolah

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

12 Jan – Kebanyakkan ibu bapa tidak membekalkan anak mereka makanan untuk dimakan di sekolah, kerana bagi mereka lebih mudah jika membekalkan anak mereka sejumlah wang yang mencukupi untuk berbelanja di kantin sekolah.

Tidak dinafikan, masih ramai lagi pengusaha kantin yang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia dan pihak sekolah sendiri.

Dalam kebanyakkan mereka yang patuh dengan arahan, pasti ada beberapa pengusaha yang cuba mengambil kesempatan menggunakan jalan pintas untuk meraih keuntungan berlipat kali ganda.

Sepanjang tahun, pasti ada beberapa kes terpencil yang berlaku mengakibatkan pelajar  yang menghidap keracunan makanan selepas menjamu selera di kantin sekolah beberapa tahun lalu.

Setiap tahun juga pasti ada kantin sekolah yang diarahkan tutup oleh KKM dan pihak sekolah kerana masalah kebersihan dan kualiti makanan yang disediakan.

Seperti apa yang diceritakan oleh seorang pengguna Facebook ini yang berpengalaman bertugas sebagai pembantu kantin sekolah.

Dia yang dikenali sebagai As MamaHasnur menceritakan bagaimana kantin sekolah tersebut menghidangkan makanan yang sudah basi dan bahan yang tidak dibasuh sebelum memasak.

Menurut As, dia terkejut apabila melihat nasi goreng yang digoreng menggunakan nasi lebihan semalam dan nasi lemak semalam yang sudah basi.

Dia sudah cuba menegur tindakan mereka itu, namun jawapan yang diterima sungguh menduka citakan.

“Kak dah basi tu, kenapa campur?” kata As
“Ah! Nanti letak kicap banyak-banyak, habis juga,” kata pekerja disitu

Begitulah jawapan yang diterima selepas As cuba menghalang keadaan itu dari terus berlaku. Tulisnya lagi, rasa sedih dihatinya apabila mengenangkan muka-muka pelajar disitu yang seronok mengambil Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang disediakan oleh pihak sekolah secara percuma.

As juga menasihatkan agar ibu bapa digalakkan menyediakan bekalan makanan untuk anak-anak makan di sekolah berbanding membiarkan mereka membeli makanan di kantin.

Berikut adalah perkongsian penuh oleh As MamaHasnur tentang pengalaman beliau bertugas sebagai pembantu kantin sekolah.



Kisah benar dari dapur kantin sekolah yang berlaku depan mata saya sendiri.

Berdasarkan pengalaman bekerja di kantin sekolah rendah beberapa tahun yang lalu.

Nasi goreng, nasi lebihan semalam + nasi lemak lebihan semalam yang dah basi.

“Kak, dah basi tu.. kenapa campur?” saya cuba.

” Ah! nanti letak je kicap banyak-banyak. Habis juga” katanya.

Astaghfirullah. Mee goreng dari plastik terus masuk kuali.

” Tak basuh dulu? Pahit nanti,” saya cuba lagi.

“Letaklah kicap manis banyak-banyak.Oklah nanti,” katanya lagi.



Syukurlah Allah letakkan saya di posisi tukang masak untuk guru. Saya masak macam masak untuk keluarga. Letakkan ikhlas dalam setiap apa yang dilakukan. Hati puas dan tenang.

Betapa belasnya hati saya melihat nasi goreng ‘campur’ dan mee pahit tadi disendukkan ke dalam bento khas RMT (Rancangan makanan tambahan).
Saya yakin mereka takkan mampu makan walau separuh daripada hidangan kecil itu.

Terbayang wajah riang mereka bila mencapai bekas makanan bagi mengalas perut ketika rehat. Namun suapan pertama belum mampu ditelan apatah lagi suapan yang seterusnya.

Saya juga lihat,nugget, sosej dan kentang dari jenama yang paling murah dibiarkan lama di luar sebelum di goreng dan seterusnya dicicah dengan sos yang paling murah juga.

“Kalau semuanya murah, jual murah juga ke?”
“Eh, taklah! Harga sama macam di luar juga.”



Mereka beli racun pada harga yang mahal untuk disuap ke mulut mereka tatkala mereka sedang menuntut ilmu.

Saya cuba bertanya, boleh ke jual makanan macam ni di sekolah?

“Mestilah boleh, sebab tu kita jual. Makanan nilah yang paling senang,paling laku dan paling banyak untung” katanya.

Itulah pengalaman paling mahal saya selama dua minggu jadi chef di kantin sekolah beberapa tahun yang lalu.

Kita tak mampu nak ubah semua tapi kita boleh pastikan anak-anak kita terkecuali dari situasi menyedihkan itu dengan merajinkan diri menyediakan bekal anak-anak ke sekolah. – Siakapkeli.my

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *