Home > Berita > Nora Danish Minta Artis Diberikan Pengecualian Cukai Kerana Mereka Perlu Berbelanja Besar Untuk Cantik

Nora Danish Minta Artis Diberikan Pengecualian Cukai Kerana Mereka Perlu Berbelanja Besar Untuk Cantik

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Pelakon jelita, Nora Danish telah meminta pertimbangan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mengecualikan golongan artis daripada dikenaikan cukai bagi menampung kos ‘penampilan diri’.

Menurut beliau, golongan selebriti perlu berbelanja besar untuk mereka kekal cantik, menawan dan kacak yang sinonim dengan pekerjaan mereka.

“Bagi saya sebagai rakyat Malaysia memang ini adalah tanggungjawab kita (membayar cukai). Cuma apa yang saya harap ada sikit pelepasan buat selebriti macam kami ini.”


“Bukan apa, dalam waktu sekarang kami banyak mengeluarkan wang untuk penampilan diri.


“Jadi, ini adalah sebahagian daripada kerja dan ia barangkali boleh dimasukkan sebagai kos kerja kami,” katanya kepada Projek MMO.

Menurutnya lagi, pelepasan cukai untuk “penampilan diri” baik untuk artis dan selebriti yang  bergantung kepada penampilan dan personaliti diri apabila muncul di khalayak.

Pelakon Rozita Che Wan minggu lalu disekat ke luar negara kerana tidak melunaskan cukai tertunggak dan memohon bayaran itu ditangguhkan. – Siakapkeli.my

sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *