Home > Berita > Nurul Diganggu Lelaki, Syak Pekerja Pizza Hut Dedah Maklumat peribadi

Nurul Diganggu Lelaki, Syak Pekerja Pizza Hut Dedah Maklumat peribadi

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Nurul Diganggu Lelaki, Syak Pekerja Pizza Hut Dedah Maklumat peribadi

nrl

Penyanyi Nurul Wahab telah diganggu oleh lelaki apabila mengalami sedikit pertengkaran dengan pekerja Pizza Hut. Nurul Wahab dan pekerja Pizza Hut dikatakan berbalas perkataan yang kasar ketika Nurul membuat pesanan,

Gara-gara terlepas perkataan kasar ketika membuat pesanan, maklumat peribadi penyanyi Nourul Wahab telah didedahkan kepada sebuah kumpulan lelaki oleh seorang pekerja tersebut.

Nourul berkata, tindakan pekerja itu mendedahkan nombor telefonnya menyebabkan dia menerima gangguan daripada beberapa individu dengan tujuan tidak baik termasuk menerima pelbagai ugutan.

Ini komennya:

“Saya ada menghubungi sebuah restoran makanan segera untuk membuat pesanan, malangnya dia menjawap panggilan saya dengan nada yang tidak mesra dan secara tidak sengaja juga saya terkeluar satu perkataan yang agak kasar.

“Selapas itu kira-kira 30 minit telefon saya mula dihubungi oleh orang yang gila seks dan mengajak saya ke hotel. Malah mereka juga menerima maklumat kononnya saya seorang janda,”

“Pihak restoran ada hubungi saya untuk minta maaf, saya juga mengaku bahawa keluar satu perkataan yang tidak sepatutnya sehingga mengakibatkan pekerja itu marah.

“Tapi tidak sepatutnya dia menyebarkan nombor dan maklumat peribadi saya kepada pihak lain sehingga menimbulkan ancaman keselamatan,”

“Saya buat laporan polis demi keselamatan saya kerana ada yang hubungi saya ugut yang bukan-bukan. Sekarang sedang kumpul bukti dan ikut nasihat peguam saya. Jika dalam tempoh seminggu masih ada orang kacau saya tidak teragak-agak untuk bawa perkara ini ke mahkamah,”

Pihak restoran makanan segera sudah menghubunginya selepas dia memuat naik status di laman sosial pada Jumaat lalu dan meminta maaf selain akan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pekerja berkenaan.

Nurul sudah membuat laporan polis dan mungkin mengambil tindakan undang undang jika masih diganggu. -PENMERAHDOTCOM

Sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *