Home > Berita > Operator Teksi Bantah Keputusan Kerajaan Sahkan Uber, GrabCar

Operator Teksi Bantah Keputusan Kerajaan Sahkan Uber, GrabCar

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.





KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Operator perkhidmatan teksi tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan untuk membenarkan perkhidmatan Uber dan GrabCar beroperasi secara sah dalam negara ini.

Menurut Presiden Persatuan Pengusaha Teksi Wilayah Persekutuan dan Selangor, Datuk Aslah Abdullah, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak memikirkan kebajikan pemandu ketika mengesyorkan langkah itu.

Kalau nak tingkatkan perkhidmatan teksi, sepatutnya SPAD perlu adakan perbincangan dengan operator-operator teksi sebelum membuat sebarang pembaharuan atau tindakan,” katanya.

Aslah, yang sudah 50 tahun dalam industri teksi berkata, kehadiran Uber dan GrabCar di negara ini adalah berpunca dari penguatkuasaan SPAD yang ‘tidak mantap dan lemah’.

Sementara itu, Penasihat Big Blue Capital (M) Sdn Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail pula berkata kerajaan membuat keputusan itu secara tergesa-gesa tanpa meneliti implikasinya terhadap industri teksi negara.

Keputusan ini membuatkan kami (pemandu teksi) jadi tak gembira …kami menyatakan ‘bukan sekarang’… jangan hanya kerana segelintir pemandu teksi bermasalah, kerajaan terus membuat keputusan ini,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau yang mewakili 800 pemandu teksi daripada syarikat itu menggesa kerajaan agar menyelesaikan isu teksi terlebih dahulu sebelum membenarkan Uber dan GrabCar beroperasi secara sah.

Sumber : Bernama

sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *