Home > Berita > PADAH DIPLOMA ‘AUTA’

PADAH DIPLOMA ‘AUTA’

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

diploma autaPADAH DIPLOMA ‘AUTA’ | KUALA LUMPUR: Seorang bekas pensyarah dihukum penjara dua bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas tuduhan menerima rasuah RM1,500 sebagai balasan memberi penuntutnya kelulusan diploma tanpa menghadiri kuliah dan peperiksaan, tahun lalu.

Hakim Rozilah Salleh membuat keputusan itu selepas Elmy Shadzly Wahi, 41, menukar pengakuan tidak bersalah terhadap tuduhan dibuat 5 November tahun lalu kepada bersalah.

Bagaimanapun, mahkamah melepas dan membebaskan bekas pensyarah Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMU) itu bagi satu lagi tuduhan cuba memperoleh secara rasuah RM1,500 bagi tujuan sama.

Keputusan itu dibuat Rozilah selepas dimaklumkan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Nur Lokman Samingan bahawa pihak mereka bersetuju menggugurkan tuduhan kedua sekiranya dia mengaku bersalah.

Berdasarkan tuduhan pertama, bapa kepada empat anak itu didakwa menerima RM1,500 secara rasuah daripada Muhammad Asrull Aizat Solehen sebagai balasan penuntutnya mendapatkan diploma bidang kulinari dari KLMU tanpa menghadiri kuliah dan peperiksaan.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di Dataran Maybank Bangsar, No 1, Jalan Maarof, di sini, pada jam 3.30 petang, 13 Julai lalu.

Manakala bagi tuduhan kedua, dia didakwa secara rasuah cuba memperoleh RM1,500 daripada Muhammad Asrull Aizat bagi tujuan sama di Jalan Sri Ehsan 2, Taman Perindustrian Sri Ehsan, di sini, jam 8.30 malam, 16 Julai lalu.

Tuduhan bagi kedua-dua perbuatan itu dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Sebelum hukuman dijatuhkan, tertuduh diwakili peguam SI Rajah memohon hukuman ringan dengan alasan dia tidak lagi boleh bekerja dalam bidang pendidikan. Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain menetapkan 23 Januari depan untuk jatuh hukum.sumber-http://www.hmetro.com.my

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

One comment

  1. untuk duit, ada orang sanggup nak buat apa sahaja kan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *