Home > Berita > PADAH MENIPU IBUBAPA! GADIS 15 TAHUN DIR0G0L BERGILIR 4 LELAKI

PADAH MENIPU IBUBAPA! GADIS 15 TAHUN DIR0G0L BERGILIR 4 LELAKI

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Sekadar hiasan!
Sekadar hiasan!

PADAH MENIPU IBUBAPA! GADIS 15 TAHUN DIR0G0L BERGILIR 4 LELAKI | Tindakan seorang remaja perempuan yang sanggup berbohong kepada ibu bapa kononnya mahu keluar untuk menyertai sambutan malam kemerdekaan anjuran rakannya, mengundang padah apabila dirogol bergilir-gilir empat remaja.

Lebih malang, kejadian yang menimpa remaja perempuan berusia 15 tahun itu didalangi teman lelakinya sendiri.

Kejadian berlaku pada malam sambutan kemerdekaan pada 31 Ogos lalu di rumah teman lelakinya di sini, bagaimanapun, hanya didedahkan ibu mangsa selepas mendapati anak perempuannya berada dalam keadaan murung selepas pulang ke rumah.

Ketua Polis Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, remaja perempuan yang berasal dari Tanjung Tokong itu bersama teman lelakinya yang berusia 17 tahun dikatakan menyambut malam merdeka di kawasan Rawat & Rehat, Lingkaran Luar Butterworth (Borr) di sini, sekitar jam 8 malam.

“Selepas menyaksikan pertunjukan bunga api, mangsa dibawa ke rumah teman lelakinya untuk bermalam.Ketika kejadian, ibu bapa teman lelakinya berada di luar daerah dan mereka disertai tiga remaja yang merupakan rakan teman lelakinya itu,” katanya.

Abdul Rahman berkata, mangsa kemudiannya dipaksa melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya setelah dipujuk, sebelum diikuti tiga remaja terbabit dan mangsa dihantar pulang pada keesokan harinya.

“Mangsa dikesan dalam keadaan murung oleh ibunya. Selepas ditanya, mangsa memaklumkan dia dirogol dan ibu mangsa membuat laporan polis sejurus selepas itu.

“Kita hanya berjaya menahan dua remaja, termasuk teman lelaki mangsa pada malam 3 September lalu, manakala dua remaja lain menghilangkan diri,” katanya.sumber-http://www.like10x.com

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *