Home > Berita > Pelajar Perempuan Terselamat Cubaan Culik

Pelajar Perempuan Terselamat Cubaan Culik

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.





Kuala Lumpur, 21 Sep: Seorang pelajar perempuan terselamat dari cubaan culik ketika dia pulang dari sekolah berhampiran rumahnya di Taman Universiti Indah, Seri Kembangan pada petang semalam.

Ketika kejadian, pelajar tingkatan lima itu baru sahaja turun dari bas danberjalan seorang diri di lorong perumahan apabila diekori oleh suspek yang menaiki kereta.

Apabila menghampiri pelajar berkenaan, suspek cuba menarik mangsa masuk ke dalam keretanya yang diletak di tepi lorong itu.

Mangsa menjerit meminta tolong dan bergelut sebelum berjaya melepaskan diri menyebabkan suspek melarikan diri,” kata Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohd Aminuddin Megat Alias sebagaimana lapor Harian Metro.

Beliau berkata tiada tangkapan dibuat setakat ini.

sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *