Home > Berita > PELAKON MATI DALAM KEADAAN MENGERIKAN!

PELAKON MATI DALAM KEADAAN MENGERIKAN!

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

PELAKON MATI DALAM KEADAAN MENGERIKAN! | SEORANG pelakon yang pernah mengecapi populariti lebih sedekad lalu, ditemui mati pada Mac tahun lalu dalam keadaan mengerikan. Mayat Gemma McCluskie ditemukan terapung tanpa kedua-dua tangan dan kaki serta kepala di sebuah terusan di timur London. Penemuan tersebut adalah hasil operasi mencari yang dilakukan oleh pihak polis selepas kes kehilangan wanita berusia 29 tahun itu dilaporkan. Seminggu kemudian, kedua-dua belah tangan dan kakinya dijumpai di dalam sebuah beg hitam. Tengkorak mangsa pula hanya ditemukan enam bulan selepas itu di dalam air di terusan berkenaan. Selepas siasatan dijalankan, apa yang mengejutkan adalah perbuatan kejam itu dilakukan oleh abang Gemma sendiri, Tony McCluskie, 36.
pelakon mati dalam keadaan mengerikan
Selepas 10 bulan kematian mangsa dalam keadaan ngeri, Tony menerima pembalasan dihukum penjara seumur hidup kerana membunuh adik perempuannya itu. Tony didapati bersalah dengan majoriti 11-1 selepas dibicarakan di Old Bailey di London. Dengan keputusan itu, dia bakal meringkuk dalam penjara sekurang-kurangnya 20 tahun. Bunyi esakan dan tangisan kedengaran sewaktu hukuman itu dijatuhkan, namun Tony yang berdiri di kandang pesalah tidak menunjukkan sebarang emosi. Semasa perbicaraan, Tony yang bekerja sebagai pencuci tingkap bangunan pencakar langit dan penagih tegar mendakwa dia hilang kawalan selepas dimaki oleh adiknya itu. Katanya, perkara terakhir yang diingatinya adalah adiknya datang menghampirinya dengan memegang sebilah pisau.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan menyatakan, dia membunuh adiknya selepas Gemma hilang sabar terhadapnya dan mendesaknya keluar dari flat tempat tinggal mereka berdua di Pelter Street, Shoreditch, timur London. Dalam kejadian itu, Gemma dibunuh selepas dipukul di kepala sekurang-kurangnya dua kali. Mayatnya kemudian dikerat enam dengan menggunakan dua bilah pisau termasuk sebilah pisau pemotong daging sebelum dibuang secara berasingan di terusan Regent. Keesokan harinya, melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV), Tony dilihat mengheret sebuah beg pakaian untuk dimasukkan ke dalam sebuah teksi. Apabila pemandu teksi bertanya apa kandungan beg itu, dia berkata, ”Adik perempuan saya”. Dia kali terakhir dilihat membawa beg itu ke arah terusan berkenaan.

Sebelum menjatuhkan hukuman, hakim yang mendengar kes itu memberitahu, Tony bertanggungjawab sepenuhnya atas pembunuhan kejam tersebut akibat didorong rasa ketagihan dadah dan iri hati atas populariti serta kejayaan adiknya. Hakim tersebut memberitahu, jenayah yang dilakukan oleh tertuduh adalah sangat tidak berperikemanusiaan dan apa yang menjadikan kes itu lebih dahsyat adalah cubaan Tony untuk menyembunyikan mayat mangsa, selain menyalahkan orang sekelilingnya. Gemma yang meraih populariti ketika berlakon sebagai Kerry Skinner dalam drama, EastEnders di rangkaian televisyen BBC pada 2001 ketika berusia 17 tahun, kali terakhir dilihat menghadiri majlis perasmian Hospital Diraja London di Whitechapel, timur London. Ketika berita kehilangan Gemma tersebar, Tony turut menyertai rakan-rakannya dalam operasi mencari mangsa.

Rakan Gemma, Nicole McLaren berkata, jelas dalam ingatannya dia mendakap Tony kerana berasa sedih terhadapnya ketika mereka bersama-sama mencari wanita tersebut. Peguam Diraja, Crispin Aylett yang mengendalikan kes pendakwaan itu berkata, Tony membuatkan pihak polis melakukan kerja sia-sia mencari mangsa yang dilaporkan hilang. Menurut Aylett, sebenarnya terdapat ketegangan hubungan antara Gemma dan abangnya. Malah wanita itu pernah memberitahu seorang rakannya bahawa Tony sentiasa di bawah pengaruh dadah. ”Dia mengambil dadah seawal waktu pagi dan tidak tahu apa yang dilakukannya,” kata Aylett.

Menceritakan rentetan kes itu, Aylett berkata, pada 1 Mac tahun lalu, Gemma sejurus sampai ke rumah mendapati abangnya telah membiarkan air paip mengalir tanpa ditutup sehingga melimpah membasahi lantai. Tidak tahan dengan sikap abangnya itu, Gemma mendesak Tony berpindah dari rumah tersebut menyebabkan lelaki itu tidak berpuas hati, lalu mengambil tindakan yang menyalahi akal fikiran yang waras.sumber-http://lulu-pages.blogspot.com/

Carian ke artikel ini

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

2 comments

  1. sangat kejam!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *