Home > Berita > Pemenang Pingat Perak Sukan Olimpik Bakal Dibunuh

Pemenang Pingat Perak Sukan Olimpik Bakal Dibunuh

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Pemenang Pingat Perak Sukan Olimpik Bakal Dibunuh

bunuh

Seorang pemenang pingat perak acara maraton Olimpik Rio 2016, Feyisa Lilesa dari Ethiopia memberitahu dia mungkin akan dibunuh oleh pihak kerajaaan sekiranya pulang ke tanah air.

Feyisa Lilesa memberitahu ancaman itu berpunca daripada tindakannya, membuat tangannya dengan aksi tanda pangkah (X), selepas melepasi garisan penamat acara maraton yang mana dia mendapat tempat kedua.

Jelasnya, tanda pangkah tangan seperti itu merupakan sebagai tanda protes terhadap kerajaan Ehtiopia yang kini sedang bergelut mengalami krisis politik dalaman.

Hanya kerana tanda protesnya itu, ada beberapa saudaranya yang telah dipenjarakan. baginya negara Ehtiopia merupakan negara yang amat bahaya.

Ini komennya:

“Kalau anda bercakap tentang demokrasi, mereka (kerajaan) akan mengenakan hukuman bunuh dan sekiranya saya kembali ke Ethiopia, mungkin mereka akan membunuh, atau memenjarakan saya,”

“Protes ini adalah untuk mereka yang tidak mendapat kebebasan di negara saya,”

“Pemerintah Ethiopia telah membunuh orang-orang saya (Oromo) dan mengambil tanah mereka, serta mencuri sumber alamnya. Jadi itu yang membuat orang Oromo melakukan protes

“Jika saya pulang ke Ethiopia, mungkin mereka akan bunuh saya. Jika tak bunuh, mereka akan masukkan dalam penjara. Saya tidak membuat keputusan lagi, tapi mungkin saya akan berpindah ke negara lain”

“Pemerintah Ethiopia telah membunuh orang-orang Oromo dan mengambil tanah mereka, serta mencuri sumber alamnya. Jadi itu yang membuat orang Oromo melakukan protes,”

Sebelum ini, Persatuan Hak Asasi Manusia menyatakan pemerintahan di Ethiopia telah membunuh puluhan orang dalam beberapa minggu ini dek kerana tindakan anti pemerintahan yang berlaku di sana.

Gelombang protes terhadap pemerintah berlangsung dalam beberapa bulan terakhir ini. Tindakan anti pemerintahan dilakukan kerana tidak bersetuju mengenai cadangan memindahkan ibu negara dari Addis Ababa ke Oromo, yang mengancam pengusiran orang-orang di daerah berkenaan.

Menurut Washington Post, televisyen nasional Ethiopia tidak menyiarkan kemenangan Lilesa di garisan penamat. -PENMERAHDOTCOM

Sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *