Home > Berita > Pemuda mati ngeri

Pemuda mati ngeri

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

SEREMBAN – Seorang lelaki menemui ajal dalam keadaan mengerikan apabila dia tersepit hingga mengakibatkan kepala dan badannya cedera parah selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah bas di Batu 5, Jalan Mambau-Port Dickson dekat sini kelmarin.
Kejadian pukul 5.40 petang itu berlaku apabila kereta jenis Proton Iswara yang dipandu P. Teyaho, 45, terbabas ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan bas yang membawa 25 penumpang tersebut.
Jurucakap polis berkata, sebelum kejadian mangsa dalam perjalanan ke Port Dickson.
“Ekoran pertembungan itu, mangsa yang bekerja sendiri itu tersepit dalam keretanya yang remuk lalu mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan. Dua penumpang bas pula cedera ringan manakala bakinya tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *