Home > Berita > Pengurus selamat ditimpa batu 20tan

Pengurus selamat ditimpa batu 20tan

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

ALBERTVILLE (Perancis): Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya dihempap batu seberat 20 tan ketika melalui jalan di Arly Gorge di banjaran Alps.
Penyelamat berkata, mereka tidak menyangka melihat Ludovic Masciave masih bernyawa ketika mereka memeriksa kereta pacuan empat roda yang remuk teruk itu.
Bagaimanapun, mereka terkejut apabila melihat Masciave, 36, tidak sedarkan diri dalam kenderaan berkenaan.
Pengurus jualan itu kemudian dikejarkan ke Hospital Universiti berhampiran Grenoble.
Jurucakap hospital berkata, Masciave ditempatkan di unit rawatan rapi kerana mengalami pelbagai kecederaan parah, termasuk remuk paru-paru dan patah tulang rusuk.
“Keadaannya kini semakin stabil dan Masciave menunjukkan pemulihan memberangsangkan,” katanya.sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *