Home > Berita > Perang Dengan Hafidz, Nelydia Senrose Tampil Backup Uqasha

Perang Dengan Hafidz, Nelydia Senrose Tampil Backup Uqasha

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

SEBELUM ini, pelakon Uqasha Senrose berdepan dengan kritikan dan hentaman yang teruk dari pengikut media sosial apabila menyuarakan ketidak puasan hatinya dengan sikap tunang Hafidz Roshadi yang dikatakan childish serta mengongkong pasangan.

Perkara tersebut menjadi lebih ‘panas’ apabila Hafidz pula membalas kenyataan Uqasha itu bagi pihak tunangnya dengan ugutan “kalau aku jatuh, aku pastikan kau jatuh sekali”.

Walau bagaimanapun, adik Uqasha, Nelydia Senrose tampil memberikan bantuan bagi menepis segala tohmahan yang dilemparkan kepada kakaknya.

2- “Tolong Jangan Burukkan Lagi Kakak Saya” - jpeg

Nelydia Senrose dan Uqasha Senrose

“Ada orang di sekeliling yang  membandingkan saya dengan Uqasha. Mereka kata dia tidak baik dan saya pula sebaliknya. Terus terang, saya tidak gembira walaupun perkara baik dikaitkan dengan diri saya. Yang mereka katakan itu kakak saya”

“Walau apa yang terjadi, buruk atau baik,  tentu saya akan rasa, ibarat cubit paha kiri, paha kanan juga terasa. Saya tidak suka kakak saya jadi jadi perhatian untuk benda negatif”

“Sebagai seorang adik, saya tahu perkara sebenar yang berlaku,” jelasnya kepada Projek MMO.

Tambahnya, dengan membuat perbandingan diantara dia dan kakaknya itu sedikit pun tidak membuatkan dia berasa dihargai.

Sebelum ini, Hafidz dan Uqasha bergandingan dalam drama bersiri Tundukkan Playboy Itu yang bersiaran di slot Akasia TV3.

Sebagai tujuan mempromosikan drama lakonan mereka berdua itu, Uqasha dan Hafidz sering memuatnaik gambar-gambar mesra mereka di media sosial, sekaligus menimbulkan sedikit salah faham apabila tunang Hafidz dikatakan cemburu melihat keakraban mereka.

Mungkin tidak mahu dikaitkan menjadi punca pergaduhan, Uqasha telah mengambil langkah kurang bijak dengan membidas kembali kenyataan Hafidz mengenai episod tunang cemburu tersebut di Twitter.

Antara status yang ‘diroyankan’ Uqasha termasuklah kenyataannya yang seakan-akan mendabik dada terhadap lakonannya yang jujurnya dalam kategori ‘kayu’ itu.

Tidak cukup dengan itu, Uqasha turut menyimbah minyak ke api apabila dia jelas ‘jet-jet’ cantik dengan menyarankan agar tunang Hafidz simpan sahaja perasaan tergugatnya itu ke dalam almari.

Lawa tapi bimbo buat apa, yedak?

uqasha

Uqasha meneruskan serangan bertubi-tubinya terhadap Hafidz dan tunangnya dengan mengolok-olokkan pasangan tersebut.

Katanya, dia tidak ada perasaan langsung pada Hafidz kerana aktor itu masih “budak” lagi dan jika “Bagi free pun hakak taknak.”

uqasha1

Memang tidak dinafikan, jika ahli keluarga kita dikecam begitu hebat, pasti kita akan tampil untuk menyokong mereka secara total. Namun dalam kes ini, Nelydia perlu tahu bahawa tindakan kebudak-budakan kakaknya itu sebenarnya seperti menepuk air dalam dulang, terpercik ke muka sendiri.

Atau Nelydia lupa kes gambar-gambar terlajak mesranya bersama Sharnaaz Ahmad dalam drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta, yang mengundang kemarahan bekas teman lelakinya, Qi Razali tahun lalu?

Nampaknya, alasan Uqasha dan Nelydia sama: bergambar gedik sakan dengan co-star lelaki adalah strategi untuk meningkatkan rating drama lakonan (kayu) mereka.

Jika inilah modal yang dikitarsemula pasangan adik-beradik ini, maka sampai ke sudahlah mereka akan tetap terhimpit dengan kontroversi.

Komen-komen positif peminat di media sosial tidak bermaksud seseorang selebriti itu maksum daripada dikritik masyarakat. Jagalah perilaku dan percakapan kerana suka ataupun tidak, sebagai perempuan kedua-dua aspek ituah yang menjadi kayu pengukur martabatnya dalam pandangan orang lain.-MYNEWSHUB.CC

 

Sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *