Home > Berita > Petua Halau Lipas Di Rumah

Petua Halau Lipas Di Rumah

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Petua Halau Lipas Di Rumah

lipas

Lipas merupakan antara haiwan serangga perosak yang sering berada di kediaman kita.

Masalah lipas di rumah memang sukar untuk dihilangkan walaupun pelbagai cara kita lakukan. Antara ruang dirumah yang digemari lipas ialah tandas dan dapur serta bilik yang bersepah.

Ini merupakan antara petua cara untuk menghalau lipas dari rumah:

  • Ambil sebuku sabun mandi dan potong kecil. Kemudian letakkan ketulan kecil sabun ini di setiap kawasan yang mempunyai lipas. Biarkan sahaja dan lihat hasilnya.
  • Potong dan letakkan hirisan lemon di kawasan yang ada lipas dan lipas akan bertempiaran lari. Selepas beberapa hari apabila lemon sudah kering, gantikan dengan lemon yang baru.
  • Ambil hujung timun atau pangkalnya dan letakkan di tempat yang ada banyak lipas. Kemudian lihat lipas akan mati.
  • Ambil beberapa biji buah pelaga dan letakkan di tempat lipas membiak.
  • Kalau terlalu banyak sangat lipas, sediakan ubi kentang yang direbus dan dilecek dicampurkan bersama serbuk penaik dan gaul. Buat seperti begedel dan letak di tempat banyak lipas.
  • Letakkan hirisan daun pandan di dalam uncang tebuk uncang itu, kemudian letakkan di dalam laci atau di tempat pembiakan lipas.

Lipas yang mati dibunuh dikatakan mempunyai cacing yang mampu memasuki tubuh manusia. Itu memang bahaya. Sebab itu kita haruslah membasmi lipas dari rumah.

Semoga petua-petua ini dapat membantu kita semua dari masalah lipas.

Selamat mencuba dan jangan lupa share kepada rakan-rakan dan keluarga. -PENMERAHDOTCOM

Sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *