Home > Berita > PETUA UNTUK MENDAPATKAN ANAK LELAKI ATAU PEREMPUAN

PETUA UNTUK MENDAPATKAN ANAK LELAKI ATAU PEREMPUAN

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

PETUA UNTUK MENDAPATKAN ANAK LELAKI ATAU PEREMPUAN

PETUA UNTUK MENDAPATKAN ANAK LELAKI ATAU PEREMPUAN

Keinginan Memiliki Anak Lelaki Atau Perempuan Kadang Kala Hadir Dalam Diri Setiap Ibu Bapa Ada Juga Yang Tidak Kisah Kerana Bagi MerekaAnak Adalah Rezeki Yang Terindah Dari Allah SAW Tetapi Di Dalam Islam Tidak Salah Kite Berikhtiar Jika Berkeinginan Memilih Jantina Anak Berikut Adalah Petua Yang Boleh Anda Cuba!!

Hasil kajian Prof. Roger Hanrion, seorang pakar perbidanan dan sakit puan dan Dr. Francois Papa seorang pakar runding di bidang yang sama di Por Royal Hospital, Paris, Mendapati Beberapa Faktor Yang Mampu Mempengruhi Jantina Anak Antaranya :

Melalui Permakanan

1.Untuk mendapat anak lelaki  Para ibu disyorkan supaya memakan makanan yang mengandungi lebih daging,

buah-buahan dan bergaram

2. Untuk mendapat anak perempuan pula, makanlah makanan yang kaya dengan lemak dan juga makanan yang dibuat daripada susu

Menurut kajian tersebut, ibu-ibu yang menagamalkan pemakanan mengikut petua diatas, berpeluang untuk mendapat anak yang dihajati adalah diantara 75 – 80 peratus. Tetapi apabila ibu-ibu tersebut tidak lagi mengikuti pemakanan yang ditentukan, hasilnya dengan serta merta menurun menjadi 65, 60 dan 55 peratus

Melalui masa Subur

Waktu subur boleh diketahui dengan cara mengambil suhu badan ibu yang diambil sewaktu bangun dari tidur di waktu pagi. Bagi wanita yang waktu bekerjanya di sebelah malam, maka suhu badan boleh diambil selepas 6 jam tidur secara berterusan. Catatkan suhu badan selama berturut-turut untuk jangkamasa selama 3 bulan. Dengan cara ini anda akan dapat melihat satu bentuk geraf. Daripada geraf berkenaan anda dapat melihat bilakan masa subur anda. Dengan cara ini jantina anak boleh ditentukan, iaitu:

1. Untuk mendapat anak lelaki, persetubuhan perlu dilakukan pada hari subur

2. Untuk mendapat anak perempuan pula, persetubuhan perlu dilakukan 24 jam sebelum waktu subur.

Keadaan ini terjadi kerana di dalam air mani lelaki terkandung berjuta-juta benih yang berbentuk seperti Y dan X, sementara di dalam benih perempuan pula terkandung benih X sahaja. Sekiranya benih lelaki yang berbentuk X bercantum dengan benih perempuan maka ia akan menghasilkan XX iaitu anak perempuan. Manakala benih lelaki yang berbentuk Y apabila bercantum dengan benih perempuan akan menghasilkan XY iaitu anak lelaki.

Benih Y ini dikatakan lebih cergas dan pantas bergerak daripada benih X, tetapi benih berkenaan tidak dapat hidup lama iaitu dalam masa 24 jam sahaja. Benih X pula walaupun agak perlahan pergerakannya, tetapi boleh hidup lebih daripada 24 jam.

3. TAHAP KEASIDANAN

Tahap keasidan lendir di dalam kemaluan perempuan dikatakan boleh menentukan jantina anak.

1. Untuk mendapat anak perempuan cecair berkenaan perlulah berkeadaan asid. Oleh itu, dicadangkan supaya wanita membasuh kemaluan dengan sedikit asid cair sebelum melakukan persetubuhan.

2. Untuk mendapat anak lelaki pula, cecair berkenaan perlulah berkeadaan alkali. Oleh itu, dicadangkan supaya wanita membasuh kemaluan dengan “bikarbonat” yang beralkali sebelum melakukan persetubuhan.

4. TAHAP KEPUASAN ISTERI

Adalah juga dikatakan bahawa jantina anak boleh ditentukan oleh tahap kepuasan isteri semasa melakukan persetubuhan, iaitu:

1. Untuk mendapat anak lelaki, isteri perlu mendapat kepuasan yang tinggi kerana ianya akan mengeluarkan cecair beralkali apabila ia mendapat kepuasan semasa persetubuhan. Dalam keadaan alkali akan meransang pergerakan benih Y.

2. Untuk mendapat anak perempuan pula, isteri tak perlu mendapat Tahap kepuasan yang tinggi bagi mewujudkan keadaan berasid yang seterusnya akan meransang pergerakan benih X.

 

tips  UNTUK MENDAPATKAN ANAK LELAKI ATAU PEREMPUAN

 

~Namun begitu semua yang berlaku adalah kehendak allah. Kita hanya boleh merancang. Sehingga kini, ketepatan petua-petua di atas adalah diantara 70 – 80%, 

Apepun Kita Balik La Kepada qadar dan qadha.. Allah Suka Umatnya Yang Berusaha Tapi Ingatlah  Kalau Sudah Menjadi Rezeki Kita Tetap Rezeki Kita Andai Bukan Tetap Bukan Wallahualam!! =)

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *