Home > Berita > PUNCA DAN SEBAB NAZMI FAIZ BALIK KE MALAYSIA

PUNCA DAN SEBAB NAZMI FAIZ BALIK KE MALAYSIA

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

nazmi-faiz-balik-malaysiaPUNCA DAN SEBAB NAZMI FAIZ BALIK KE MALAYSIA | Segala persoalan mengenai masa depan bintang muda bola sepak negara yang pulang secara mengejut dari kelabnya di Portugal Mohd. Nazmi Faiz Mansor terjawab dengan segera apabila dia sah menjadi milik PKNS

Status itu juga menamatkan desas-desus bahawa kepulangan Nazmi ke tanah air hanya sebagai pemain pinjaman selama enam bulan dari S.C Beira-Mar, sebaliknya dia bukan lagi pemain kelab Divisyen Satu Portugal berkenaan

Perkara itu disahkan sendiri oleh Setiausaha PKNS FC, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid yang berkata, Nazmi akan diperkenalkan sebagai pemain baru kelab itu pada sidang media di Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya

Walaupun menyertai PKNS di luar tempoh perpindahan, Nazmi dikatakan tetap boleh terus beraksi bersama kelab barunya itu di bawah kuota pemain bawah 21 tahun

Kepulangan bintang muda berusia 19 tahun itu ke tanah air pada Khamis lalu menimbulkan seribu satu persoalan apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang bertanggungjawab membawa pemain itu ke Portugal tidak tahu menahu mengenai keputusan yang dibuat oleh Nazmi.sumber-http://www.infoharian.com

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

One comment

  1. apakah puncanye??ingatkan dah ade jawapan???

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *