Home > Berita > Punca Hidung Berdarah

Punca Hidung Berdarah

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

punca hidung berdarah

Punca Hidung Berdarah

Hidung Berdarah Adalah Pekara Yang Biasa Berlaku Bagi Kanak-kanak Tetapi Ia Juga Sering Berlaku Pada Orang Dewasa, Jadi Apakah Punca sebenar Hidung Berdarah?? Jom Ketahui Antara Punca Masalah Hidung Berdarah?

Penndarahan hidung (juga dipanggil epistaksis) berlaku apabila salur darah halus di dalam lapisan sel pelapik hidung Anda pecah. Lapisan dalam hidung sebenarnya Adalah sangat ‘lembut’, manakala salur darah pula dekat dengan permukaan yang menyebabkan ia mudah pecah dan berdarah.

Ada banyak punca  yang menyebabkan hidung berdarah, Antaranya seperti:

  • Salur darah dalam hidung yang sangat sensitif,  Ia pecah dan berdarah dalam cuaca panas serta kering.
  • Jangkitan Kuman, termasuk jangkitan pada hidung, tekak atau sinus
  • Selesema Atau flu
  • Kesan Alahan (seperti pada kutu habuk atau alahan rinitis)
  • Hidung terhantuk Hidung Tercedera/trauma
  • Memasukan Benda asing dalam hidung (contohnya apabila kanak-kanak memasukkan sesuatu Objek ke dalam hidung mereka, biasanya manik)
  • Tekanan keterlaluan (biasanya berlaku serentak dengan sembelit)
  • Penggunaan sesetengah jenis ubat (seperti ubat anti keradangan atau semburan hidung)

Antara punca Lain  yang jarang berlaku tetapi masih boleh menyebabkan hidung Anda berdarah:

  • Kehadiran benda asing atau polip dalam hidung
  • Gangguan atau masalah kesihatan berkaitan darah – Masalah pencairan darah
  • Perkembangan vaskular yang tidak sempurna
  • Ketumbuhan dalam saluran hidung dan tekak

 

punca pendarahan hidung

Cara merawat asas kepada pendarahan hidung:

  1. Bernafas Lah  seperti biasa TETAPI menggunakan rongga mulut. ELAK bernafas melalui hidung
  2. JANGAN menghembus udara kuat melalui hidung
  3. Jangan banyak bercakap, batuk dan bersin. Ini akan mengganggu proses pembekuan Pada pembuluh darah
  4. Berdiri Atau Duduk  dengan kepala sedikit ke hadapan
  5. JANGAN Sesekali baring
  6. Tekankan  menggunakan jari telunjuk dan ibu jari di bahagian pertemuan rawan hidung dan tulang. Beri Tekanan diberi di bahagian rawan.
  7. Beri tekanan secara berterusan selama 10 minit
  8. Peringatan: Jangan asyik memeriksa sama ada pendarahan sudah berhenti dengan mengalihkan jari. Untuk menghentikan pendarahan, darah perlu menjadi beku dan ia mengambil sedikit masa. Alih perhatian anak dengan menyuruhnya membaca atau menonton televisyen.
  9. Sentiasa pastikan rongga pernafasan tidak ada gangguan atau objek yang menghalang pernafasan. Dalam kes ini rongga pernafasan hidung sudah tidak berfungsi dengan baik. Pernafasan hanya bergantung kepada rongga mulut.
  10. Pastikan tiada sekatan pakaian atau objek luar dibahagian leher.
  11. Jika pendarahan berterusan. Perlu Segera mendapat rawatan lanjut.
  12. Apabila pendarahan Mula berhenti, pastikan anak tidak cuba mengorek atau menghembus nafas dengan kuat (untuk mengeluarkan sisa darah) dalam tempoh 24 jam. Malah dalam tempoh itu anak anda perlu berehat dan tidak sepatutnya berlari ke sana sini atau terbabit dalam permainan lasak untuk mengelak pendarahan berulang.

Cara Elakkan hidung Kembali Berdarah

  1. Banyakkan Minum Air Suam  bagi memastikan badan sentisa sejuk dan tidak terhidrat.
  2. Jangan sesekali menghembus hidung terlalu kuat. Ditakuti akan menyebabkan hidung berdarah, luka kembali. Mudah terjadi apabila seseorang itu bersin terlalu kuat.
  3. Sekiranya mendapati hidung kering dan berkerak jangan sesekali mengorek dengan kuku yang tajam dan terlalu dalam. Perlu berhati-hati sebaiknya gunakan pelembab atau minyak bayi bagi membersihakn rongga hidung.
  4. Kemungkinan juga seseorang itu ada mengambil ubat-ubatan yang mengandungi aspirin, warfarin atau ubat antikeradangan bukan steroid (NSAIDs).
  5. Ibu bapa harus perhatikan tingkah anak yang mengalami masalah hingus yang keras dan melekat pada membran mukosa sebenarnya boleh menyebabkan luka bila hidung dikorek. Perkara ini kerap berlaku kepada kanak-kanak.
  6. Berjumpalah dengan doktor sekiranya anda mendapati tanda-tanda seperti:-
  7. Apabila darah dalam hidung mengalir terlalu laju atau kehilangan banyak darah dalam beberapa saat. Berasa hendak pitam atau pengsan.

~Inilah Punca Dan  Cara rawatan  asas Untuk Hidung Berdarah.. Ingat Jangan Ambil Mudah =) 

 

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *