Home > Berita > Robot 'Degil' Yang Sudah Dua Kali Melarikan Diri dari Makmal Ditahan Polis Dalam Perhimpunan Politik

Robot 'Degil' Yang Sudah Dua Kali Melarikan Diri dari Makmal Ditahan Polis Dalam Perhimpunan Politik

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.





MOSCOW 18 Sept. – Sebuah robot ‘degil’ yang sudah dua kali melarikakan diri dari makmal telah ditahan oleh polis Rusia di sebuah perhimpunan politik di sini baru-baru ini.

Portal Mirror melaporkan, robot tersebut ditahan selepas pihak polis menerima laporan awam yang mengatakan bahawa robot yang bernama Promobot itu berkeliaran meminta pendapat orang ramai mengenai pelbagai topik ‘untuk diproses oleh dan analisis oleh kumpulan calon’.

Robot itu ditahan dan cuba digari oleh pihak polis yang datang untuk mengalihkan oleh polis tersebut.

Seorang jurucakap sebuah syarikat yang memetik kenyataan saksi bagaimanapun memberitahu, robot itu tidak melawan ketika ditahan oleh pihak polis.

Sebelum ini, Promobot menjadi tajuk utama akhbar-akbar di Rusia selepas dia melarikan diri dari makmal ke tempat tumpuan ramai.

Kelibat robot itu menyebabkan jalan-jalan utama menjadi sesak selepas robot itu kehabisan bateri dan terdampar di tengah-tengah laluan kenderaan.

Kesesakan itu dikatakan berlaku selama lebih sejam sebelum robot tersebut dialihkan.

Promobot itu adalah robot yang dicipta oleh saintis Rusia yang kini sedang bertugas untuk membantu kempen calon Ahli Parlimen Rusia, Valery Kalachev.

 

Sumber : Mirror.uk

sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *