Home > Berita > Rumah diserang pepijat

Rumah diserang pepijat

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

SENAWANG: Lebih 20 keluarga di Rumah Pangsa Taman Lily, di sini, resah daripada mendakwa kediaman mereka diserang pepijat yang dipercayai berpunca akibat sikap pengotor segelintir warga asing yang menghuni kawasan berkenaan.
Keadaan itu menyebabkan penduduk terpaksa menukar tilam dan bantal mereka sebulan sekali kerana tidak tahan dengan serangan serangga berkenaan yang gemar menghisap darah manusia.
Penduduk, Maimunah Arshad, 50, berkata, sejak pendatang asing menghuni kediaman terbabit, kebanyakan penduduk tempatan hidup menderita dan terpaksa menukar tilam serta bantal.
“Kami percaya kemunculan pepijat itu berikutan sikap warga asing berkenaan yang rata-ratanya pengotor kerana tidak membersihkan rumah dan diri mereka. “Berikutan saiz badan kecil, pepijat boleh menyelinap di ruang perabot kediaman terutama tempat tidur dan sofa hingga menyebabkan kami sekeluarga mengalami pelbagai masalah kesihatan seperti asma dan tekanan emosi. “Sejak beberapa minggu lalu, kami turut dibelenggu keresahan akibat serangan lipas yang banyak hingga mengganggu tidur kami,” katanya. Dakwa Maimunah, kebanyakan warga asing juga mencampakkan sampah dan tuala wanita dari tingkat atas sesuka hati.
“Kami sudah tidak tahan kerana terpaksa ‘berperang’ dengan mereka setiap hari akibat perbuatan pengotor mereka yang membuang sampah sesuka hati hingga mengganggu kesejahteraan penghuni di sini,” katanya. Jamilah Jamaluddin, 28, berkata, dia berasakan dirinya seolah-olah pendatang asing di negara sendiri.
“Kami tidak tahan dengan kerenah mereka yang kurang ajar dengan penduduk tempatan. Ia ditambah dengan tindakan mereka sesuka hati membawa pulang wanita atau lelaki ke rumah serta membuat bising.
“Saya berasa malu apabila anak-anak melihat perbuatan tidak senonoh mereka. Namun, apakan daya kerana mereka langsung tidak takut kepada penduduk tempatan walaupun sudah ditegur berulang kali,” katanya. Pesara tentera, Azman Daud, 50, pula berkata apabila tiba hari minggu, belakang rumah mereka akan dipenuhi kondom yang dibuang dari tingkat atas. “Memalukan dan menyedihkan. Itulah perasaan saya sebagai rakyat Malaysia apabila pendatang asing itu langsung tidak menghormati kami. “Kadang-kadang, kami turut disajikan dengan pemandangan lelaki warga asing berbogel di tengah padang sambil meneguk arak,” katanya yang merayu pihak berkaitan mengambil tindakan kerana sudah tidak tahan dengan masalah berkenaan sejak lebih tiga tahun lalu.
Tinjauan Metroplus mendapati sampah-sarap dan tuala wanita bersepah dipercayai dibuang oleh warga asing itu selain keadaan tangga turut berbau hancing.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Zailan Adnan ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menyiasat dakwaan penduduk di kawasan berkenaan. “Kami akan menghantar Unit Kaji Serangga dan sekiranya ia benar, ubat serangga akan disembur bagi mencegah ia membiak.
“Saya menasihatkan penduduk supaya sentiasa menjemur tilam dan bantal mereka bagi memastikan pepijat itu tidak membiak lagi,” katanya.SUMBER

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *