Home > Berita > Rumah sewa Michael Jackson dijual

Rumah sewa Michael Jackson dijual

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

LOS ANGELES – Sebuah rumah agam yang pernah disewa dan menjadi tempat penyanyi pop, Michael Jackson meninggal dunia di sini bakal dijual pada harga AS$23.9 juta (RM73.64 juta), menurut laman web hiburan TMZ.com.
Menurut laman tersebut, ramai selebriti berminat untuk membeli rumah itu.
Sebuah laman web hartanah menyatakan rumah tujuh bilik tidur dan 13 bilik air itu digambarkan sebagai sebuah rumah agam Perancis yang cantik serta canggih dengan dilengkapi pawagam, gimnasium dan kolam renang.
“Rumah itu menawarkan sebuah teater glamor dengan gaya hebat, sebuah bilik wain bawah tanah, lif, spa yang luas, gimnasium, kolam renang dan kawasan taman,” kata laman web tersebut.
Rumah itu dibina pada tahun 2002 di daerah Holmby Hills, barat Los Angeles yang mempunyai keluasan 1,580 meter persegi dan landskap seluas 0.5 hektar.
Jackson, 50, meninggal dunia di rumah agam tersebut pada 25 Jun 2009, kira-kira tiga minggu sebelum dia dijadualkan membuat persembahan di London.sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *