Home > Berita > Safee Sali Menafi dakwaan?

Safee Sali Menafi dakwaan?

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Ini lah antara kata-kata SAFEE SALI setelah di dakwa merajuk untuk tidak lagi mengikuti latihan bersama-sama kelab england iaitu Cardiff City.haha..betul ke safee merajuk?..hehe…

“BUKAN saya tidak sudi untuk kembali semula (menjalani latihan) bersama Cardiff City tetapi jadual saya begitu ketat ketika ini.

“Justeru, dakwaan kononnya saya (berpatah arang berkerat rotan) dengan kelab itu sememangnya tidak berasas.

Demikian kata penyerang sensasi Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali yang menafikan dakwaan kononnya dia ‘merajuk’ untuk kembali menjalani latihan bersama kelab England, Cardiff City selepas ini.

Desas-desus negatif itu timbul dalam kalangan peminat bola sepak tempatan ekoran kenyataan Safee yang dikatakan ingin mencuba nasib untuk beraksi bersama kelab Australia pula selepas ini sebaik selamat menjejakkan kaki di tanah air kelmarin.

Spekulasi tersebut diperkuatkan dengan peluang Safee yang dikata- kan pudar untuk menyarung jersi The Bluebirds lantaran masalah permit kerja walaupun mendapat khabar gembira daripada Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang memberi jaminan untuk membantu ‘David Bec- kham Malaysia’ itu mengatasi masalah berkenaan jika Cardiff mahu melamarnya.

Meskipun dikhabarkan akan dipanggil untuk dinilai semula selama dua minggu lagi oleh pengendali The Bluebirds, Malky Mackay yang dilaporkan berminat dengan kesungguhan, disiplin dan skil Safee sebelum ini, pemain kelahiran Kajang, Selangor itu juga tidak pasti sama ada ia boleh dilaksanakan pada waktu terdekat.

“Jadual saya begitu ketat. Selain mewakili (bekas pasukan) Selangor bagi aksi Piala Sultan Selangor (esok), saya juga akan ke Australia (mewakili skuad kebangsaan) bagi perlawanan persahabatan.

“Kalau ikutkan hati memang saya mahu kembali semula ke Cardiff. Bukan senang untuk menjalani lati- han bersama pemain-pemain yang hebat di sana dan jika tidak terpilih pun, saya langsung tidak menyesal.

“Tetapi saya sendiri tidak pasti bila saya boleh menyertai semula latihan di sana,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Safee sebelum ini selesai menja- lani sesi pemilihan selama dua minggu bersama skuad kendalian Malky Mackay itu sejak pertengahan September lalu sebaik mendapat ‘lampu hijau’ daripada maji- kannya, Pelita Jaya.

Menurut Safee, dia belum membuat sebarang perbincangan lanjut dengan pemilik Cardiff, Datuk Chan Tien Ghee berhubung perkara itu, selain tidak menolak kemungkinan akan merujuk perkara tersebut kepada Pelita Jaya terlebih dahulu sebelum boleh mengulas lanjut.

“Saya juga tidak pasti bila akan kembali ke Indonesia kerana Pelita Jaya pastinya memerlukan khidmat saya sebelum Liga Indonesia bermula (10 Oktober ini), jadi kita tengok dahulu macam mana,” kata- nya yang mengakui masih keletihan selepas menempuhi penerbangan yang panjang dari London kelmarin.

Ketika ditanya mengenai keingi- nannya beraksi di Australia, jelas Safee: “Sebagai pemain, saya mempunyai sasaran sendiri untuk beraksi di pentas yang lebih baik, ter- utamanya di Australia dan Eropah bagi mengembangkan karier saya.

“Tetapi ia bukan bermakna saya tidak lagi mahu menyarung jersi Cardiff, justeru saya harap semuanya faham,” katanya memohon tidak disalahertikan

sumber asal-kosmo

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

3 comments

  1. biasa la tu manusia ada saja yg dengki

  2. kalaulah kat malaysia ni ada 10 safee sali…

  3. sampai nak ugut bunuh ke..kes dengki la ni kan.

    p/s wah blog dah berwajah baru yer. Nampak lebih kemas dan menarik 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *