Home > Berita > Safiey Setuju Program #P’hijrahan Fenomena TV Al Hijrah

Safiey Setuju Program #P’hijrahan Fenomena TV Al Hijrah

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Safiey Setuju Program #P’hijrahan Fenomena TV Al Hijrah


#Penghijrahan Fenomena TV Al Hijrah

Safiey Ilias yang menjadi nama paling trending minggu ini menyatakan persetujuan untuk terus muncul dalam #PenghijrahanFenomena TV Al Hijrah setelah sambutan luar biasa terhadap episod khas yang disiarkan 9.30 malam khamis lepas.

Melalui program 30 minit itu, Safiey, 22, akan terus berkongsi pengalaman kehidupannya sebagai pondan setelah mula menjadi jutawan pada usia 19 tahun.

Safiey akhirnya nekad untuk kembali ke fitrah dengan bertindak berani melakukan pembedahan mengeluarkan implan payu dara dan seterusnya berhijrah ke jalan Allah.

Episod khamis depan akan membicarakan mengenai dunia gelap Mak Nyah dan bantuan segera yang perlu diberikan kepada Mak Nyah yang ingin kembali.

“Safiey kini mula mengeluarkan dana bantuan kepada Mak Nyah yang mahu membuat pembedahan membuang implan. Safiey yakin jika lebih ramai yang sudi mengeluarkan dana, lebih ramai yang akan kembali menjadi lelaki” kata Penerbit #PenghijrahanFenomena, Syirfan Indra Mitra Surya Hussin.

Safiey bersama Syirfan, Penerbit #Penghijrahan Fenomena

Safiey bersama Syirfan, Penerbit #Penghijrahan Fenomena

Selain terus memahai konsep Hijrah Itu Mudah secara eksklusif bersama Safiey, kuliah ilmu Tonight With Zakir Naik akan teruskan bersiaran dengan syarahan Benarkah Al Quran Kata-Kata Allah?

Kuliah Dr. Zakir akan bersiaran rabu 10.30 malam dan Khamis 8.30 malam.

Bagi yang ingin mengikuti siri kuliah dari pendakwah tempatan, anda boleh mengikuti ceramah pelbagai tajuk mengenai Islam melalui slot Klinik D’Hijrah bersama Ustaz Asyraf Suarin, Ustaz Haryanto dan Ustaz Dr Sukki Othman.

Pada pasangan suami isteri muda yang selalui bergaduh dan bermasam muka mengenai isu kewangan dalam rumah tangga, ikuti program Masam-Masam Manis yang dihoskan Pelakon Zahiril Azim dan Shiera Ayob pada Khamis 02:05 petang.

Jangan lupa bersama TV Al Hijrah di FB TV Al Hijrah 114 untuk menyertai kempen #IslamIsFirstClass. – mynewshub.cc

Sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *