Home > Berita > SAMSUNG GALAXY NOTE II KINI DIMALAYSIA | HARGA SAMSUNG GALAXY NOTE II TERKINI

SAMSUNG GALAXY NOTE II KINI DIMALAYSIA | HARGA SAMSUNG GALAXY NOTE II TERKINI

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

SamsungGalaxyNoteIISAMSUNG GALAXY NOTE II KINI DIMALAYSIA | HARGA SAMSUNG GALAXY NOTE II TERKINI | Samsung Malaysia Electronics telah melancarkan GALAXY Note II di Malaysia. Direka untuk memberikan pengalaman penggunaan yang lebih kaya, Note II akan memberi pengguna cara yang baru untuk meng-ekspresikan kreativiti mereka. Dengan S Pen dan ciri-ciri yang ditingkatkan dari model sebelumnya — peranti ini menjadi peneraju di dalam kelasnya.

Antara fungsi-fungsi dan ciri-ciri baru di dalam Note II ialah skrin HD 5.5 inci Super AMOLED Plus LCD, yang memberikan gambar yang lebih jelas, chasis yang lebih nipis dan ringan, S Pen versi terbaru dan juga pengalaman penggunaan yang lebih dari yang lain. Salah satu inovasi baru ialah Air View, yang membolehkan pengguna untuk mengapungkan S Pen di atas email, S note, S Planner, galeri gambar, ataupun fail video untuk melihat contoh media tanpa membuka fail itu terlebih dahulu. Mengikut Samsung, fungsi ini akan meningkatkan lagi produktiviti pengguna GALAXY Note II.

Menggunakan sistem operasi Android Jelly Bean v4.1, peranti ini memberikan kapibiliti grafik yang unggul, dan mempunyai perkhidmatan Google Now terbaru yang termasuk pencarian mengikut konteks tertentu. Note II mempunyai storan 16GB yang boleh tidambah dengan memori microSDHC. Bateri Note II pula ialah bateri terbesar di dalam kelasnya — 3,100 mAh yang membolehkan telefon ini bekerja lebih lama dari yang kain.

SamsungGALAXYNoteII 2Wakil dari Celcom, Digi and Maxis bersama wakil Samsung Malaysia Electronics di atas pentas dengan GALAXY Note …
Datang di dalam warna Marble White dan Titanium Grey, ianya boleh didapati melalui syarikat telekomunikasi terkemuka negara, dan juga daripada Samsung Elite Partner dari harga RM2299.sumber-http://my.news.yahoo.com

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *