Home > Berita > Saya Tak Kaya Seperti Ahli Perniagaan Yang Lain -TMJ

Saya Tak Kaya Seperti Ahli Perniagaan Yang Lain -TMJ

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

SEBELUM ini, terdapat desas-desus yang menyatakan bahawa Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) akan membeli pasukan bola sepak Itali kegemarannya,  AC Milan.

Walau bagaimanapun, TMJ telah menafikan laporan itu, semalam.

Menerusi satu pos di Facebook Johor Southern Tigers, TMJ membuat penafian tersebut dengan tajuk ‘Saya Tidak Mempunyai Duit Untuk Membeli AC Milan’.

TMJ berkata jika beliau perlu memilih sebuah kelab bola sepak untuk dimiliki, beliau akan memilih pasukan AC Milan tetapi tidak bermakna beliau akan membeli pasukan tersebut.

“Sememangnya saya ada keinginan tersebut. Jika saya perlu memilih sebuah kelab, ianya adalah AC Milan. Itulah salah satu impian saya. Tetapi itu tidak bermakna saya akan membelinya.

Saya tidak akan membeli AC Milan. Saya tidak mempunyai duit untuk membeli AC Milan. Saya tidak kaya seperti ahli perniagaan Malaysia yang lain,” titah baginda.

1

– MYNEWSHUB.CC

Sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *