Home > Berita > Sebelum Jadikan Staff Medical Sebagai Teman Hidup, Ini Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu Dan Faham Terlebih Dahulu

Sebelum Jadikan Staff Medical Sebagai Teman Hidup, Ini Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu Dan Faham Terlebih Dahulu

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.



Menjadi seorang pasangan hidup seseorang perlulah memiliki sifat sabar yang tinggi. Terutamanya mereka yang memilih staff medical tidak kiralah doktor, pembantu perubatan, jururawat dan beberapa lagi tugas perubatan sebagai suami atau isteri. Rata-rata mereka ini menghabiskan masa yang banyak di tempat kerja berbanding bersama keluarga.

Para suami atau isteri perlulah memahami tugas mereka ini, mereka perlu bekerja secara sistem giliran atau shift. Kadang kala siang, kadang kala perlu bekerja di waktu malam. Pengurusan, penjagaan dan pemantauan kesihatan pesakit perlu di lakukan secara berterusan di wad.

Sedikit perkongsaian Mohamad Azrin, yang memilih seorang jururawat sebagai rakan hidup. Bagaimana dia memahami tugas isterinya itu tanpa sedikit merunggut.



Siapa yang berminat nak buat staff medical sebagai calon isteri, First korang kena faham betul betul tugas dia sebagai seorang staff medical. Masa student memang nampak dia manis, senyuman menawan, makeup bagai.


Tapi bila dah jadi ” the real medical staff”. Korang kena faham. Dalam sebulan berapa kali je korang dapat tidur bersama , sebab selebih nya isteri korang kena kerja malam. Jangan sebab tak dapat tidur sekali korang datang hospital pula melawat isteri.


Cuti raya jarang dapat balik bersama sebab jadual ikut sistem giliran bukan tiap tiap tahun boleh dapat cuti raya. Jadi tak boleh sendu sangat kalau drive balik kampung dengan anak anak sambil dengar takbir raya.


Bila bab kenduri pun korang kena faham bukan selalu boleh ajak bini makan nasi minyak sedara mara. Yelah bini kena kerja hari weekend, kenduri pon tak dapat datang, lagi pun kadang-kadang bini korang yang kerja pon nak makan nasi dekat hospital pun tak sempat sebab busy kerja nak rawat pesakit yang ramai.


Jarang korang dapat rasa air tangan bini kalau harini dia keja petang esok dia naik pagi, so kalau bini dah masak siap-siap, korang sebagai suami tadah tangan dan panjatkanlah doa kesyukuran kerana bini korang seorang yang berusaha juga untuk masak time balik kerja even dia penat setelah bertungkus lumus dekat hospital.


Weekend kadang-kadang pun dia orang pon boleh terlupa sebab bagi dia orang hari biasa dan hari minggu dah tak ade dalam kamus hidup Sebab weekend pon kena datang kerja. Cuti tak menentu, so kamula kena bawak anak jalan jalan hari minggu.. Just chill out!!


Dulu masa bercinta isteri korang masih student bapak lawa, aiiihhhhh lepas kahwin kalau tengok dia balik kerja, kalau kadang-kadang tudung senget , eyeshadow dah luntur jangan banyak tanya, kerana itu maknanya ward dia baru saja kena lepas diserang JUON atau aka JONA.


Kalau hari Anniversary ke, happy birthday ke hari jadi Agong ke hari gawai ke kalau dia orang tak dapat cuti, tapi tengah siap siap sarung uniform.. Baik kau jangan tanya, Tapi kau sebagai suami yang faham dia, pergilah hantar bunga dekat hospital ke tulis kat kad dekat dia.


“Terima kasih sayang, awaklah jururawat di hati kanda”
Selamat berjuang … harap dinda tak jonah !!


Percayala weh.. percayalah cakap aku, kalau ikutkan hari tu semua pesakit dalam setiap kubikal dia rasa semangat nak jaga. hahahahahaha
Balik jer mesti mood dia baik gila, balik kerja siap boleh nyanyi lagu ayda jebat lagi ” Pencuri Hati “

So Happy working, hargailah isteri anda.
– Gambar sekadar google, Pinjam Jer –

Sumber – Mohamad Azrin

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *