Home > Berita > Sekolah Menengah di Britain ini Haramkan Kerja Rumah Supaya Guru Ada Masa Untuk Rancang Pembelajaran

Sekolah Menengah di Britain ini Haramkan Kerja Rumah Supaya Guru Ada Masa Untuk Rancang Pembelajaran

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Britain, 28 Sep – Seorang pengetua di sebuah sekolah menengah di Britain mengambil keputusan untuk mengharamkan kerja rumah supaya guru di sekolah berkenaan mempunyai lebih masa untuk merancang masa pembelajaran.

Polisi terbaru itu telah diperkenalkan kepada 1,650 pelajar di Sekolah Philip Morant dan Kolej di Colchester, Essex.

Pengetua sekolah berkenaan, Catherin Hutley berharap agar polisi baru itu membolehkan guru-guru memberi pelajaran yang lebih berinspirasi untuk anak-anak murid mereka dan tidak lagi perlu membuang masa menyediakan dan menanda kerja rumah.

Menurut Catherin lagi, guru-guru tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyiapkan kerja mereka.

Disebabkan itu, dia mengambil keputusan untuk mengharamkan kerja rumah untuk membolehkan guru menyediakan rancangan pembelajaran yang lebih teratur.

Mirror.co.uk berkata, pihaknya percaya sekolah itu merupakan yang pertama mengharamkan kerja rumah tanpa menambah waktu belajar di negeri itu.

Biarpun begitu, ibu bapa kurang percaya dengan polis terbaru Catherin itu seterusnya menimbulkan pelbagai reaksi dari ibu bapa.

“Jika polisi ini akan memberi kesan negatif kepada proses pembelajaran pelajar, kami akan lakukan sesuatu, tapi saya percaya tiada kesan negatif yang akan berlaku”, kata Catherin.

Sumber : Mirror

sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *