Home > Berita > senjata baru hadapi perogol

senjata baru hadapi perogol

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

NEW DELHI: Wanita di bandar raya ini tidak lama lagi boleh mengatasi sesiapa yang cuba menyerang mereka dengan hanya menekan satu butang telefon untuk meminta tolong kepada pelbagai pihak, termasuk ahli keluarga dan polis.

Butang itu juga menghidupkan penggera di laman sesawang sosial mangsa.

Polis berkata, satu daripada setiap empat kes rogol di India berlaku di New Delhi.

Biasanya, mangsa ditarik ke dalam kereta dan dirogol beramai-ramai ketika kenderaan itu dipandu sebelum mangsa dicampakkan ke tepi jalan.

Data polis India menunjukkan, berlaku satu kes rogol bagi setiap 18 jam.

Namun, melalui kemudahan Fight Back itu, wanita boleh menghantar mesej kecemasan berserta lokasi tepat kepada lima pihak, termasuk polis.

Ia juga dipaparkan dalam Facebook dan Twitter.

Perkhidmatan itu akan dilancarkan bulan depan. Pengasas bersama Whypoll yang pencipta aplikasi itu, Hindol Sengupta, berkata keselamatan wanita menjadi isu besar di India.sumber kosmo

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *