Home > Berita > Suami Pukul Isteri Di Khalayak Ramai Kerana Curang

Suami Pukul Isteri Di Khalayak Ramai Kerana Curang

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Lelaki pukul isteri khalayak ramai

SEORANG lelaki dirakam memukul isterinya di khalayak ramai sambil disaksikan oleh anak perempuannya di kaki lima sebuah jalan di Chengdu, China.

Menurut sebuah portal China, lelaki berkenaan bertindak memukul isterinya itu kerana dipercayai telah berlaku curang terhadapnya.

Lelaki pukul isteri khalayak ramai

Malangnya, kejadian hanya diperhatikan oleh orang ramai yang lalu lalang. Tiada seorang pun yang menghentikan pergaduhan itu.

Netizen mengecam dan mengutuk tindakan lelaki berkenaan, malah ada yang menyamakan lelaki itu seperti raksasa.

Menurut Pertubuhan Wanita Seluruh China (ACWF ) hampir 25 peratus daripada wanita negara itu menjadi mangsa keganasan perkahwinan walaupun hanya 40,000 hingga 50,000 aduan didaftarkan setiap tahun.

Satu kajian menyedihkan pada tahun 2013 mendapati 50 peratus daripada rakyat China mengaku berlaku zalim terhadap pasangan mereka. – MYNEWSHUB.CC

Sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *