Home > Berita > Suara Hati Berduka Seorang ‘Fresh Graduate’

Suara Hati Berduka Seorang ‘Fresh Graduate’

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Suara Hati Berduka Seorang ‘Fresh Graduate’

freeesh

Zaman kini pekerjaan yang baik memang sukar untuk diperolehi kerana terlalu banyak persaingan apatah lagi mereka yang tiada ‘connection’ atau orang dalam.

Selalunya pengalaman bekerja diperlukan untuk mendapatkan pekerjaan dan ini amat sukar bagi seorang fresh graduate.

Jom baca satu luahan dari seorang fresh graduate yang baru sahaja tamat belajar dari sebuah IPTA di Malaysia.

Ini suara hatinya:

Duka Cita Dimaklumkan

Assalam. Saya Eya, fresh graduate dari sebuah IPTA di sekitar Malaysia. Disini ingin saya luahan kan suara hati sebagai seorang fresh graduate.

Sudah berpuluh-puluh Resume dihantar samada melalui email mahupun surat dan sehingga kini satu email mahupun balasan surat tidak saya terima. Cukuplah sekadar memaklumkan sepotong ayat “DUKACITANYA DIMAKLUMKAN….” untuk membuatkan saya mengerti bahawa saya perlu giatkan usaha untuk memohon kerja yang lain.

Sesungguhnya selepas graduate dari Universiti, baru saya mengerti ayat yang selalu diucapkan oleh senior-senior “Welcome to the real world”.

Tak Berbaloi Hidup Dengan Nota

Kadang2 bila difikirkan tidak berbaloi semasa belajar saya tidak bersosial seperti rakan2 yang lain. Saya maksudkan sosial disini seperti keluar bersiar-siar, menonton wayang dan sebagainya. Semasa zaman belajar saya cukup menghargai masa dimana roommate saya tido, saya bangun untuk study dan bilamana mereka bangun saya tido. Dunia saya hanya dengan buku. Nota2 sentiasa berada dalam tangan dan sewaktu tido pun saya masih menghafal dan mengingati apa yang diajar oleh lecturer.

Silap!! Majikan Tak Cari Kita

Semasa menjadi pelajar ijazah, saya berada di tahap selesa dan menjangkakan bahawa grad sahaja, majikan akan mencari kita. Disitu saya silap dan kini baru saya sedar bahawa keluar sahaja dan apabila mengengam segulung ijazah, bahu saya sangat-sangat berat dan bermacam2 di fikiran saya. Bagaimana mahu membayar wang pinjaman saya, mahu mengumpul asset, mahu membantu ibu bapa yang banyak berhempas pulas menanggung saya semasa di pengajian, membantu adik-adik saya dan macam2 lagi.

Luluh Hati

Genap 2 bulan selepas menganggur, saya mengambil keputusan untuk bekerja sambilan. Begitu susah untuk mencari kerja dimana untuk menjadi guru taska, pengalaman diperlukan. Menjadi guru tuisyen, pengalaman diperlukan. Untuk menjadi kerani, pengalaman sebagai kerani 1 -2 tahun diperlukan. Dimana saya ada pengalaman. Tamat sahaja SPM, saya sambung belajar dan tidak mempunyai sebarang pengalaman kerja.

Genap 3 bulan saya menganggur, jiran-jiran mula bertanya dan merisik-risik. Kata nya “ Belajar tinggi2 takkan tak dapat kerja?” Luluh hati saya.

Kerja Kedai Makan

Kemudian saya mencuba nasib untuk bekerja part time di kedai makan dan saya diterima dengan gaji RM35 sehari. Oke lah jika nak dibandingkan duduk dirumah dan tidak mempunyai sebarang income.

Kita hanya merancang dan Allah yang menentukan segalanya. Saya duga tamat belajar saya akan bekerja di dalam ofis, bawah air-cond dan kini kerja saya hanya lah mengambil order makanan, melayan karenah customer dan pernah customer kata saya kurang bijak hanya kerana telur yang diminta pecah.

Alhamdulillah, dengan gaji yang diterima cukuplah serba sedikit untuk saya membantu membeli barang dapur dan membantu ibu bapa saya serba sedikit Tujuan saya share kisah saya disini kerana ingin mengatakan bahawa kerja pada zaman ini sangatlah susah. . Disini ingin saya pesan kepada adik2 yang sedang belajar, jangan berada di zon yang selesa. Jangan berputus asa dan jangan memilih kerja. InsyaALLAH, rezeki ada dimana-mana . 🙂 – Eya

Kepada fresh graduate di luar sana, jangan putus asa. Teruskan memohon sambil bekerja sambilan. Rezeki tak datang bergolek, kenalah kita berusaha. Usaha, doa dan tawakal adalag tangga kepada kejayaan. -PENMERAHDOTCOM

Sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *