Home > Berita > ”Sumpah Laknat Norshila Amin Tidak Sah, Hanya Sumpah Biasa Yang Terpakai” – Pendakwah

”Sumpah Laknat Norshila Amin Tidak Sah, Hanya Sumpah Biasa Yang Terpakai” – Pendakwah

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Baru-baru ini timbul kontroversi dalam dunia hiburan membabitkan beberapa individu antaranya Lana Nordin, Roslan Shah dan Norshila Amin. Kes bermula apabila, ada selebriti yang mendakwa bahawa Norshila Amin menipu wang milik lapan selebriti ketika menyertai festival di Brunei, April lalu.

Kemelut itu semakin memuncak apabila Norshila juga turut dikatakan menendang troli milik Liana ketika berniaga di sebuah tapak perniagaan di Singapura sebelum ia berlarutan kepada perang mulut hingga isu menipu wang artis timbul.

Ia menjadi bualan orang ramai apabila isu pergaduhan tersebut turut dikongsi seorang lagi selebriti di media sosial hingga Norshila mendakwa perbuatan tersebut telah memalukan diri dan keluarganya. Norshila kemudian bertindak membuat laporan polis terhadap Roslan pada 3 Disember dan Lana Nordin keesokkan harinya di Balai Polis Seremban 2.

Susulan dakwaan tersebut, penyanyi era 80-an berusia 53 tahun tersebut bersama-sama anaknya Nurul Admiena Norrizan, 33, tampil membuat sumpah laknat pada Isnin lagu bagi menyangkal dakwaan dibuat ke mereka.

Isu tersebut beserta sumpah laknat yang dibuat berjaya menarik perhatian ramai terutama dalam kalangan peminat dunia hiburan tanah air.

Namun begitu, seorang penceramah bebas terkenal, Dr Zaharuddin Abdul Rahman tampil memperjelaskan isu sumpah tersebut dengan mengatakan bahawa ianya hanya sah jika ia melalui proses mahkamah dengan empat kali sumpah diikuti sekali sumpah laknat dan ia bukan untuk dipertontonkan kepada awam.

Malah Dr Zaharuddin turut memberitahu bahawa perbuatan bersumpah sambil memegang Al-Quran adalah kurang tepat kerana tiada keperluan untuk berbuat demikian.

“Nabi Muhammad SAW bersabda; Barangsiapa yang ingin bersumpah, hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah atau (jika tidak), hendaklah dia diam sahaja (tidak bersumpah) (Riwayat Al-Bukhari).


“Apa-apa pun, kita tidak mahu, kaedah memegang Al-Quran ketika bersumpah menjadi trend masyarakat dan menimbulkan salah faham sehingga ada yang merasakan ia adalah kaedah sebenar pelaksanaan sumpah li’an,” jelasnya.

Katanya lagi, perbuatan mengadakan sumpah laknat amat ditegah di dalam Islam jika ia dibuat dalam hal mengesahkan penipuan atau dusta dalam transaksi perniagaan.

“Ia ditegah oleh seluruh para ulama berdasarkan dalil-dalil yang sangat banyak kerana ia menyebabkan seseorang itu secara bebas melakukan sumpah tanpa sebarang asas atau sandaran dalil.

“Dalam kes yang dirujuk tersebut, sumpah laknat yang dilakukan walaupun dengan nama Allah, ia tidak sah kerana sumpah laknat atau li’an hanya wujud untuk urusan suami-isteri yang menuduh isteri pasangan mereka berzina sebagaimana wujud dalam peruntukan di dalam Al-Quran, surah an-Nur ayat 6-8,” katanya.

Dr Zaharuddin bagaimanapun berkata dalam kes Norshila ini, hanya sumpah biasa yang terpakai, bukannya sumpah laknat.

Sumpah biasa yang dimaksudkan dalam kes tersebut dianggap sah apabila dimulakan dengan lafaz ”wabillahi, wattallahi” atau salah satu antara lafaz tersebut sudah mencukupi.

“Namun sumpah biasa ini sepatutnya hanya dilakukan sesudah ‘bayyinah’ atau bukti yang diiktiraf oleh syarak dikemukan oleh pihak yang menuduh.


“Apakah bayyinah ini? Jika belum ada bukti kuat, maka tidak perlu menolak dengan cara sumpahan kerana ia dikira hal kecil dan tiada kukuh,” jelasnya lagi.

Ujar Dr Zaharuddin lagi, mereka yang yakin dirinya dizalimi juga boleh menggunakan doa musnah ke atas pemfitnah, pembuli dan penzalim sekiranya tidak mampu bertindak atas pelbagai faktor antaranya tidak mempunyai wang untuk membawa kes tersebut ke mahkamah.

Bagi mereka yang ingin menggunakan doa musnah harus benar-benar dizalimi berdasarkan pespektif Islam, bukannya atas ukuran diri sendiri kerana dibimbangi doa musnah tersebut boleh kembali menimpa diri sendiri. Namun, perbuatan memaafkan adalah lebih dituntut di dalam Islam.

“Menurut Fiqh Islam, adalah baik untuk dimaafkan serta bersabar apabila dizalimi atau harus juga berdoa kemusnahan seperti buta atau mati selain diserahkan urusan kepada Allah untuk memberi balasan.

“Seorang wanita (‘Arwa bt Uwais) mendakwa sebahagian tanah miliknya telah diceroboh dan dirampas oleh seorang sahabat besar yang termasuk dalam sepuluh yang dijanjikan Syurga oleh Baginda Nabi SAW. iaitu Sa’id bin Zaid R.A, padahal ia memang milik Sa’id akhirnya Sa’id mengalah dan membuat doa khusus untuk penzalim dan perampas serta penipu seperti wanita terbabit.

“Doanya berbunyi, Ya Allah kira benar wanita ini menipu maka butakanlah matanya dan jadikan kuburunya (mati) di dalam rumahnya. (Hadis dan kisah ini dalam Syarah Sahih Muslim oleh Imam Al-Nawawi).

“Tidak lama selepas itu, doa Sa’id makbul dan wanita itu telah buta, kemudian dia mengakui bahawa doa Sai’d telah mengenai dirinya, selepas itu, sesudah dia keluar dari qada hajat, dan berjalan ke perigi di rumahnya, dia telah terjatuh ke dalam perigi lalu mati. Semua doa Sa’id telah makbul,” ujarnya lagi.

Sumber : mStar

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *