Home > Berita > Terbakar hidup-hidup kereta terbabas

Terbakar hidup-hidup kereta terbabas

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

BUTTERWORTH: Lutut kanan seorang pengurus syarikat bas kilang terkulai manakala cebisan dagingnya melekat pada pintu yang tertanggal selepas kereta dipandunya terbabas dan merempuh tembok konkrit sebelum terbakar di Kilometer 6.2, Jalan Lingkaran Luar Butterworth (BORR) yang menyebabkan dia terbunuh, di sini, semalam.
Kejadian berlaku jam 3.45 petang ketika mangsa yang memandu Perodua Kelisa dalam perjalanan ke tempat kerjanya di bandar ini.
Mangsa dipercayai memandu laju sebelum gagal mengawal kenderaannya sebaik menghampiri susur keluar ke Jalan Bagan Luar lalu merempuh tembok konkrit menyebabkan keretanya berpusing dan terbakar.
Difahamkan, beberapa pengguna yang melalui tempat kejadian cuba membantu mengeluarkan mangsa, namun gagal berikutan dia tersepit di tempat duduk pemandu selain api marak.
Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Utara, Asisten Superintendan Suhaimi Md Noor berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) dan sudah dikenalpasti warisnya.sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *