Home > Berita > Terkini : 2 Beradik Disahkan Positif Zika, Masing-Masing Menetap di Miri & Kuala Lumpur

Terkini : 2 Beradik Disahkan Positif Zika, Masing-Masing Menetap di Miri & Kuala Lumpur

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.



Kuala Lumpur, 13 Sep – Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan pihaknya menerima dua lagi kes Zika terbaharu yang mana melibatkan dua beradik yang masing-masing menetap di Miri dan juga Setapak, Kuala Lumpur.

Menteri Kesihatan dalam satu kenyataan berkata, mangsa di Miri adalah seorang wanita berusia 35 tahun yang hamil dua bulan.

Difahamkan, mangsa telah mengunjungi sebuah klinik swasta pada 6 September lalu kerana mengalami demam berpanjangan. Hasil ujian darah yang dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) medapati mangsa positif Zika & mangsa telah dimasukkan ke Hospital Miri pada 11 September lalu.

Selain itu, mangsa juga pernah bekerja di Singapura dan kali terakhir melawat negara itu pada 24 Julai hingga 29 Julai 2016.

Kes kedua pula melibatkan kakak kepada mangsa di Miri. Mangsa, 39, yang menetap di Setapak, Kuala Lumpur telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 6 September lalu selepas menunjukkan gejala Zika.

Mangsa mempunyai sejarah mengunjungi adiknya di Miri pada 26 Ogos lepas dan pulang ke Kuala Lumpur pada 6 September. – Siakapkeli.my

sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *