Home > Berita > TERKINI-25 PEGAWAI MPAJ DISERANG KUMPULAN BERSENJATAKAN PARANG!

TERKINI-25 PEGAWAI MPAJ DISERANG KUMPULAN BERSENJATAKAN PARANG!

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

TERKINI-25 PEGAWAI MPAJ DISERANG KUMPULAN BERSENJATAKAN PARANG!-Seramai 25 pegawai dan anggota Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang semasa sedang melakukan proses penyerahan notis di Kampung Pandan Dalam di sini pada 23 Julai lalu.

Kesemua mereka bagaimanapun bernasib baik kerana sempat melarikan diri daripada menjadi mangsa tetak kumpulan lelaki terbabit yang terdiri daripada enam hingga tujuh individu tidak dikenali dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu.

MPAJ dalam satu kenyataan media memberitahu, seramai 25 pegawai dan anggotanya turun ke kampung berkenaan semasa hari kejadian untuk melakukan proses menyerahkan notis atas kesalahan mendirikan struktur secara tidak sah di tempat awam.
gambar mpaj diserang kumpulan bersenjata
“Pasukan ini terdiri daripada tiga pegawai Jabatan Bangunan dan Senibina, dua pegawai Bahagian Penjaja dan 20 anggota penguatkuasa MPAJ.

“Wakil MPAJ ingin menampal notis tersebut di premis tersebut tetapi telah diserang oleh kira-kira enam hingga tujuh orang penyerang bersenjatakan parang. Tiada pegawai atau anggota penguatkuasa yang cedera dalam kejadian ini,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, penyerang terbabit bagaimanapun bertindak merosakkan beberapa kenderaan milik MPAJ di lokasi kejadian iaitu sebuah lori, motosikal dan van.

Jelas kenyataan itu, kumpulan penyerang itu bertindak memecahkan cermin, membocor tayar dan menghentak kenderaan terbabit dengan parang dan objek keras.

Justeru MPAJ membuat laporan polis mengenai kejadian itu beberapa hari yang lalu dan atas nasihat polis, tindakan penyerahan notis di kawasan tersebut ditangguhkan sementara waktu.sumber-mynewshub

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *