Home > Berita > Terkini : Kapal Tangki Viet Harmoni Dirampas, 900,000 Liter Diesel Dilarikan

Terkini : Kapal Tangki Viet Harmoni Dirampas, 900,000 Liter Diesel Dilarikan

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Kuantan – 17 Ogos : Sebuah kapal tangki yang membawa 900,000 liter diesel telah dirampas di Pelabuhan Kuantan.

Dilaporkan, kapal yang diberi nama Vier Harmoni itu kini berada di Batam.

Menurut NST, perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Ahmad Puzi.

Sementara itu, laman Facebook Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia berkata kapal itu dilaporkan hilang pada jam 5 petang semalam.

Maritim Malaysia menerima laporan berkenaan kehilangan sebuah marine tanker (MT) Vier Harmoni pada awal pagi tadi. Kapal berkenaan dilaporkan telah hilang pada 16 Ogos 2016 jam 5:00 petang.


“Gerakan mencari kapal berkenaan telah diaktifkan awal pagi ini.


“Kapal yang sepatutnya berada di sekitar perairan Kuantan itu dipercayai telah dibawa lari ke Batam. 


“Kapal tersebut membawa sejumlah 900,000 liter muatan disel dengan anggaran harga RM1.57 juta.


“Menurut hasil siasatan Maritim Malaysia kapal berkenaan disahkan kini berada di perairan Batam, Indonesia.”, tulis kenyataan itu.

Sumber : NSTFB APMM

sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *