Home > Berita > Terlalu Pentingkan Kawan, Abai Keluarga Punca Penceraian

Terlalu Pentingkan Kawan, Abai Keluarga Punca Penceraian

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Terlalu Pentingkan Kawan, Abai Keluarga Punca Penceraian

cat-farishh

Kisah yang berlaku kepada seorang selebriti ini wajar dijadikan teladan dan pengajaran kepada orang ramai terutama buat mereka yang terlalu mementingkan rakan, sehingga keluarga terabai.

Penyanyi Cat Farish baru-baru ini telah bercerai dengan isterinya dan dia mengakui banyak masa dihabiskan bersama kawan-kawan sehingga mengabaikan keluarga antara punca penceraiannya.

Cat akui lebih mementingkan keperluan kawan-kawan sehingga mereka mengambil kesempatan untuk menjatuhkan dirinya.

Tambahnya, dia kini merasa sunyi kerana tinggal seorang diri dan kesemua anaknya di bawah jagaan bekas isterinya.

Ini komen penyanyi ini:

“Banyak masa dihabiskan bersama kawan-kawan sehingga mengabaikan rumah dan keluarga malah saya lebih mementingkan masalah kawan-kawan daripada masalah diri sendiri.

“Mereka ada masalah saya akan tolong sedangkan saya sendiri mempunyai masalah yang mesti diselesaikan.

“Sebenarnya kawan-kawan juga yang menjatuhkan saya kerana dalam penceraian ini mereka pula buat cerita macam-macam untuk memburukkan lagi keadaan,”

“Saya merasa kehilangan dan sunyi kerana nikmat mempunyai keluarga semuanya telah hilang malah ia juga memberi tekanan kepada diri saya.

“Anak-anak di bawah jagaan bekas isteri tapi saya boleh tengok bila-bila masa yang saya mahukan cuma tetapi itulah rasa sunyi tu lain bila tidak tinggal bersama mereka,”

Cat Farish telah berkahwin selama sembilan tahun lalu bersama Hartini Ramli dan pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata. -PENMERAHDOTCOM

Sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *