Home > Berita > The Power Of Sedekah !! Kisah Kehebatan Bersedekah Yang Tidak Dijangka

The Power Of Sedekah !! Kisah Kehebatan Bersedekah Yang Tidak Dijangka

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

The Power Of Sedekah !! Kisah Kehebatan Bersedekah Yang Tidak Dijangka

sedekahh

Sememangnya bersedekah merupakan amalan yang amat mulia.

Membantu orang dalam kesusahan amat disukai Allah dan tentunya mendapat balasan yang baik dariNya.

Ini satu kisah teladan yang dikongsikan oleh seorang yang telah membantu seorang yang tidak dikenalinya yang sedang dilanda masalah.

Memang hebat amalan bersedekah ini, jom baca:

The Power Of Sedekah

I just wanted to share my story about,’The power of sedekah’

After isi minyak, aku park kereta nak pergi toilet. Baru unlock kereta and tak sempat mati kan enjin ada sorang lelaki maybe mid 30’s muka dia agak glabah ketuk cermin kereta aku.

Aku locked kereta and terus ambik phone and handbag yang aku letak kat seat passenger. Dia ketuk lagi. Aku turunkan cermin sikit nak dengar dia cakap apa.

‘Cik, saya mintak maaf. Sy bukan nak merompak, mencuri ke apa. Saya cuma nak mintak tolong cik. Sy dari selangor. Datang sini ada kerja. Tp org tu tipu sy. Sekarang ni sy langsung tk ada duit. Tayar kereta sy pecah.

Aku diam. Blur kejap. Tapi nampak mata dia berair and mata aku ikut arah tangan dia tengok kereta proton saga hitam yg dia tunjuk.

‘Kalau cik tak percaya cik boleh ambik IC sy, cik bg la acc cik. Sy akan bayar balik. Cik boleh post IC sy lepas sy bayar kat cik.

Then tetiba aku nampak dia lap air mata dia. Honestly aku langsung tk percaya kat dia sbb dah byk kali aku dgr taktik ni. Tp jauh dalam hati aku cuba letak diri aku dalam situasi dia. and kalau lah dia tipu itu antara dia dengan Allah.

Aku hulur RM20 sbb tu je ada dlm purse aku. Dia mintak acc number also hulur IC dia tp aku tolak. Biar la. Tipu ke betul dia Allah ada and aku niat kan sedekah untuk dia.

Tk jadi pi toilet aku takut jugak nak turun. Aku decided park je and perhati dari jauh. Aku nampak dia lap air mata dia dengan baju. Lepastu cuba isi angin kat tayar dia. Tak lama dia keluar dari station minyak. After 10 mins aku pun gerak jugak.

Tk sampai 2km aku nampak dia tersadai kat tepi jalan sambil pegang tayar kereta. Aku memang tak berani nak berhenti cuma mampu doa supaya urusan dia dimudahkan.

Lepas maghrib tadi ada orang call, mintak aku buat kan iternary and nak bayar RM500. Bayaran paling mahal aku pernah dapat untuk usaha yg tak seberapa.

Bila aku tanya, kenapa banyak sangat nak bayar? Selalu org bayar 150-200 je pun. Tau jawapan yg aku dapat?
‘Takpe la. Rezeki ada lebih ni. Kau kena perah otak lagi study nk buat intenary aku kan. Kira ni rezeki kau la ok.’
Rezeki. Niat sedekah RM20 dapat balik RM500.

Allah tak pernah mungkir janji. Kalau korang baca hadis-hadis tentang sedekah, korang akan tahu betapa besar ganjaran yg kita akan dapat. Ni baru dunia belum akhirat 🙂

Aku suka satu hadis ni,
Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat.

Dipetik dari Facebook Shahzreen Adam.

 

Sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *