Home > Berita > 'Tiger Snook', Orang Kanan Geng 77 Ditahan Petang Tadi

'Tiger Snook', Orang Kanan Geng 77 Ditahan Petang Tadi

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Foto hiasan



KUALA LUMPUR, 8 Sep: Seorang lelaki yang dipercayai orang kanan bagi kumpulan kongsi gelap ‘Double Seven’ (77), diberkas Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di Taman Rashna, Klang, Selangor petang tadi.

BH Online melaporkan, lelaki itu yang juga dikenali sebagai ‘Tiger Snook’ mempunyai sekurang-kurangnya enam rekod jenayah lampau.

Suspek yang berusia 38 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Kuala Lumpur, selepas dia terbabit dalam dua kejadian mencederakan orang di dua premis hiburan dalam daerah Dang Wangi bulan lalu.

Dalam kejadian pada 31 Ogos lalu, suspek  dipercayai menumbuk dan menendang seorang pelanggan di luar sebuah premis hiburan di Jalan Sultan Ismail, di sini, sekitar jam 1.30 pagi akibat salah faham berhubung kehilangan air minuman di meja mangsa.

Suspek dipercayai aktif dalam aktiviti pemerasan dengan mengutip wang perlindungan di kawasan sekitar daerah Klang serta turut terbabit dalam pergaduhan.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah KL, Senior Assisten Komisioner Rusli Mohd Isa, berkata setakat ini siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan atas kesalahan mendatangkan kecederaan.

Sumber : BH Online

sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *