Home > Berita > Tindakan Pantas Polis Selamatkan Mangsa Culik

Tindakan Pantas Polis Selamatkan Mangsa Culik

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.





MIRI, 18 Ogos: Tindakan pantas pihak polis berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun selepas 48 jam dilaporkan hilang.

Kanak-kanak itu berjaya diselamatkan kira-kira jam 3.15 petang tadi.

Difahamkan juga, mangsa ditemui oleh pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri dalam belukar berhampiran Padang Kerbau setelah dilarikan oleh seorang lelaki yang juga saudara terdekatnya dari sekolah pada tengah hari kelmarin.

Lokasi mangsa ditemui tidak jauh dari penemuan kenderaan yang digunakan oleh suspek ketika melarikan mangsa.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Junaidi Bujang, mangsa ditemui hasil risikan termasuk soal siasat yang dijalankan ke atas suspek yang berjaya ditahan tidak lama sebelum kanak-kanak itu ditemui.

“Siasatan lanjut dan pencarian kemudian dipergiatkan di belukar berhampiran suspek dijumpai, sehinggalah pasukan mencari berjaya menjumpai mangsa dalam keadaan ketakutan dan lemah.

Kedua-dua tangan mangsa diikat menggunakan tali plastik dan terdapat bekas makanan dan air di tempat mangsa disembunyikan,” katanya.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Miri untuk pemeriksaan dan rawatan.

Ketika ditemui, mangsa masih berpakaian seragam sekolah,” katanya.

Mangsa dilaporkan hilang oleh keluarganya pada Selasa lalu selepas dikatakan mengikut seorang lelaki menaiki kenderaan Perodua Viva putih, yang datang menjemputnya pulang dari sekolah .

Polis kemudian mengklasifikasikan kejadian itu sebagai kes penculikan dan disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan.

Sumber : BH Online

sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *