Home > Berita > Tinted: Pesalah Boleh Didenda Tidak Lebih RM2,000 Atau Penjara Enam Bulan Jika Gagal Tanggal Pelekat Cermin Gelap di JPJ Sekiranya Kes Dibawa ke Mahkamah

Tinted: Pesalah Boleh Didenda Tidak Lebih RM2,000 Atau Penjara Enam Bulan Jika Gagal Tanggal Pelekat Cermin Gelap di JPJ Sekiranya Kes Dibawa ke Mahkamah

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Pesalah yang gagal menanggalkan pelekat cermin gelap di pejabat JPJ negeri (selepas didapati bersalah) boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan sekiranya kes dibawa ke mahkamah.

JPJ menerusi satu kenyataan berkata setakat ini pihaknya hanya akan mengeluarkan notis PG 1 iaitu notis larangan penggunaan kenderaan dan mengarahkan pemilik atau pemandu kenderaan yang melanggar peraturan sedia ada (cermin gelap).

Pemilik atau pemandu kenderaan akan diberi masa 10 hari membawa kenderaan ke mana-mana pejabat JPJ negeri untuk menanggalkan pelekat cermin gelap itu,” kata JPJ.

​​​​​​​Menurut JPJ, sekiranya pemandu atau pemilik kenderaan gagal membawa kenderaan serta menanggalkan pelekat cermin gelap di pejabat JPJ negeri, pemilik atau pemandu kenderaan akan dikompaun maksimum RM300 mengikut seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jika kes dibawa ke mahkamah, untuk sabitan pertama, pesalah akan didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan.

Sekiranya sabitan kali kedua atau seterusnya, akan didenda tidak melebihi RM4,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya, kata JPJ

JPJ dalam kenyataan pada 10 Oktober berkata, peraturan sedia ada yang diguna pakai ketika ini adalah di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991 (pindaan 5 Februari 2016).

Menurutnya kadar ketelusan cahaya (VLT) yang ditetapkan bagi cermin depan adalah 70 peratus, cermin sisi pemandu (50 peratus) dan cermin sisi belakang dan cermin sisi belakang penumpang (30 peratus).

Sumber: Bernama/ Kosmo!

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *