Home > Berita > tips mengelak mudah dahaga dan kelaparan di waktu puasa

tips mengelak mudah dahaga dan kelaparan di waktu puasa

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

sampai aje bulan puasa pasti ramai yang marunggut dengan berkata “adakah puasa dibulan ini saya dapat sempurnakan sepenuhnya”adakah cara terbaru supaya tahan dari dahaga dan kelaparan”apakah yang harus saya buat”..itu adalah sebahagian dari semua persoalan yang pasti timbul disetiap hati seseorang sebelum sampainya waktu berpuasa.
dengan itu saya ingin kongsikan sedikit tips pada korang semua.sebenarnya tips ini adalah amat baik untuk yang baru mula belajar berpuasa seperti kanak-kanak(ajar lah anak korang tu),dan yang paling diutamakan adalah seseorang yang mungkin baru sahaja menganut agama islam dan tidak tahu cara supaya tahan dari dahaga mahupun kelapan bukan itu sahaja untuk yang bukan islam juga jika korang ingin belajar berpuasa tips ini adalah yang terbaik untuk di amalkan.tapi bagi yang sedia asal islam mungkin tidak menjadi masalah tapi saya tahu mereka tetap akan mencari iktiar yang terbaik.
antara tips-tips mengelak mudah dahaga dan kelaparan di waktu puasa
1. Minum Air Pada Kuantiti Yang Mencukupi Sebelum Tidur dan Semasa Bersahur

Pada waktu malam, dan pada waktu bersahur, pastikan anda mengambil bilangan air yang mencukup. Jangan pula menunggu waktu bersahur untuk minum, pastikan minum sejumlah air yang cukup sebelum tidur, diikuti semasa waktu bersahur. Dengan ini, jumlah air di dalam badan dapat dikekalkan pada kadar yang seimbang.

2. Berada di tempat yang sejuk/kurang panas/teduh

Sepanjang bulan puasa, elakkan diri daripada berada di tempat yang panas. Suhu yang panas boleh menyebabkan kandungan air di dalam badan mengewap. Carilah tempat-tempat yang sejuk seperti di pasar raya atau hyper market. Banyakkan aktiviti membaca buku yang ringan dan menenangkan.

3. Kuatkan Kesedaran dan Niat Ikhlas Berpuasa Sebagai Satu Perjuangan

Sentiasa berfikiran rasional atau positif, bersangka baik dengan aktiviti puasa yang anda lakukan. Elakkan berfikir perkara-perkara yang negatif. Ceriakan perasaan anda dengan rasa berpuas hati dan gembira. Pada masa yang sama wujudkan kesedaran dan rasa insaf dan simpati terhadap mereka yang bernasib malang. Katakan kepada diri anda sendiri:

“Hari ini aku berpuasa, dan dengan ini aku dapat menghayati sebahagian kecil kesusahan dan kelaparan yang dihadapi oleh mangsa-mangsa peperangan, anak-anak daripada keluarga yang miskin, dan orang-orang tua yang tidak berdaya yang tinggal keseorangan tanpa mampu mencari makanan sendiri. Juga bagaimana rasanya haiwan-haiwan yang hidup di muka bumi ini seperti kucing, anjing dan lain-lain binatang yang sentiasa kelaparan tanpa perhatian. Mereka merasainya setiap hari, dan hari ini aku berpuasa dan merasainya juga.”

4. Hilangkan Rasa Lapar dan Dahaga Menerusi Aktiviti Yang Dapat Mencuri Masa Lapang

Isilah masa lapang anda dengan hobi yang berfaedah dan dapat membuatkan anda lupa terhadap tempoh masa kelaparan dan kehausan sepanjang hari anda berpuasa. Bagi orang-orang Islam pula, mereka menumpukan sepenuh perhatian terhadap ibadat-ibadat seperti berzikir yang dapat menenangkan fikiran dan menginsafi diri sebagai seorang manusia yang dicipta oleh Tuhan mereka.

#-dipetik dari majalah kesihatan
#-selamat berpuasa dan selamat beramal,banyakkan lah pahala sebelum syawal tiba.

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

4 comments

  1. da isi ker dalam bloglist???

    saya letakkan kan blog nie dalam bloglist saya… 🙂

  2. thnks.. tips menarik ni… ^_^

  3. apa yg di tulis 2 semuanyer kami buat…tapi yang pasti dalam bulan posa jer kat opis rilex skit xde nak kluar g mana2…cuma 1 jer make sure sahur kena makan…klu x mkn alamat pagi2 jer dah melepek…muka sememeh..hahaha..klu org lain tak bangun sahur pun ok lagi tapi 2 ler len orang lain…

  4. lagi info tentang puasa di SIHAT SELALUPuasa Baik Untuk Kesihatan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *