Home > Berita > Tua Ke Saya Hingga Orang Asyik Tanya Pasal Kahwin – Izara Aishah

Tua Ke Saya Hingga Orang Asyik Tanya Pasal Kahwin – Izara Aishah

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

HUBUNGAN cinta yang terjalin antara pelakon jelita, Izara Aishah dengan anak tiri Datuk Siti Nurhaliza, Abid Khalil sememangnya bukan lagi rahsia.

IzaraAishah5-Izara-Aisyah-Soal-Kahwin-Kena-Tanya-Adib-ROTIKAYA-700x48514izara_cropped.transformed

Masing-masing dilihat selalu bersama di mana-mana majlis dan disifatkan sebagai pasangan yang cukup sepadan.

Hal itu membuatkan ramai peminat tertanya-tanya, bila pasangan ini ingin mendirikan rumah tangga.

Mengulas hal itu, Izara memberitahu, dia sebenarnya sudah bosan asyik diasak dengan soalan yang sama.

“Sebenarnya saya okey sahaja untuk jawab fasal cinta. Tapi saya rasa macam bosan sebab asyik jawab benda yang sama sahaja.

“Untuk pengetahuan semua, kisahnya masih sama dan tidak ada apa-apa perubahan dari dulu sampai sekarang. Sampai satu masa nanti, bila kisahnya berbeza Izara sendiri yang akan beritahu kepada umum.

“Masanya akan tiba. Tunggulah dulu,” ujarnya kepada Mangga Online.

Dalam pada itu, Izara turut mempersoalkan sama ada dia sudah tua sehinggakan ramai yang tidak putus bertanya bilakah dia mahu berkahwin.

“Saya ini dah tua sangat ke hingga orang asyik tanya bila nak kahwin? Saya baru 24 tahun. Orang asyik tanya sahaja tentang kahwin sejak dari umur 17 tahun.

“Apa yang saya minta, kalau boleh janganlah tanya soalan berkaitan cinta pada Izara lagi,” katanya lagi.

Mungkin, pasangan ini masih lagi menikmati saat-saat indah dalam percintaan dan mahu mengenali hati budi masing-masing sebelum ke peringkat seterusnya.

Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat Izara dan pasangannya. – MYNEWSHUB.CC

Sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *