Home > Berita > Tuan Guru Haron Din Disahkan Meninggal Dunia

Tuan Guru Haron Din Disahkan Meninggal Dunia

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Tuan Guru Haron Din Disahkan Meninggal Dunia

hd

Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din telah disahkan meninggal dunia di Hospital Stanford San Francisco, California, sebentar tadi.

Allahyarham Haron Din telah menghembuskan nafasnya terakhir pada usia 76 tahun.

Disaat pemergiannya, turut berada di sisi Allahyarham ialah semua ahli keluarga yang terdekat.

Ketua Penerangan PAS Pusat Nasrudin Hassan Tantawi ketika mengesahkan perkara itu berkata, maklumat lanjut akan menyusul daripada pihak keluarga Allahyarham Tuan Guru.

Ini kenyataannya:

“Jam 10.10 pagi ini, berita kami terima bahawa Tuan Guru Datuk Dr Haron Din telah kembali ke rahmatullah di Hospital Stanford University Amerika Syarikat.

“Semoga Allah swt mencucuri rahmat-Nya dan mengampuni Almarhum Tuan Guru serta menggolongkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang soleh,”

Sebelum itu Allahyarham Haron Din telah ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Stanford San Francisco, California kerana komplikasi jantung yang kritikal.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Datin Khatijah Din dan lima orang cahaya mata.

Semoga Roh Murabbi Ummah ini ditempatkan dikalangan para Shuhada dan Solihin. -PENMERAHDOTCOM

Sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *