Home > Berita > Uqasha Senrose Umum Tidak Lagi Bertudung

Uqasha Senrose Umum Tidak Lagi Bertudung

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Uqasha Senrose Umum Tidak Lagi Bertudung

uq

Satu pengumuman mengejutkan dilakukan oleh pelakon jelita Uqasha Senrose hari ini melalui temubual eksklusif kepada BH Online.

Pelakon ini akhirnya mengakui bahawa dia kini tidak lagi berhijab dan bersedia menerima apa saja cercaan dan kecaman dari warga laman sosial mengenai tindakannya itu.

Uqasha mahu menjadi dirinya sendiri dan dan tidak mahu lagi dibayangi dengan kisah bertudung sebelum ini. Malah katanya, dia tidak mahu terus hidup dalam kepura-puraan dan menjadi munafik

Ini komennya:

“Pendek kata memang tak konsisten. Saya masih muda dan keputusan bertudung itu hadir ketika hati masih berkecamuk selepas putus cinta. Mungkin juga saya tak fikir panjang. Saya seperti hilang arah tuju dan melihat tekad untuk bertudung itu dapat memulihkan semangat serta membuka fasa baharu dalam hidup”

“Atas apa alasanpun, saya mengaku khilaf ini datang daripada diri sendiri. Soal dosa dan pahala itu biarlah antara diri ini dengan Tuhan. Selama tiga tahun, saya akui iman saya turun naik”

“Tetapi sebaliknya yang terjadi. Malah dalam tempoh itu juga apabila keluar kontroversi itu dan ini, ada mulut yang lantang mendakwa lebih baik tak bertudung kalau buat perangai,”

“Saya mahu jadi diri sendiri. Saya tak mahu dibayangi dengan kisah bertudung itu lagi. Saya rasa diri ini lebih mempermainkan agama dan seperti munafik jika bertudung tetapi tidak menonjolkan sikap yang bertepatan dengan gaya berkenaan,”

Itulah pendedahan dari pelakon yang juga kakak kepada Nelydia Senrose dan Rasya Rizrose ini. -PENMERAHDOTCOM

Sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *