Home > Berita > Ustaz Kazim Elias Stabil, Keluarga Kecewa Tindakan Pihak Tidak Bertanggungjawab Sebar Berita Palsu

Ustaz Kazim Elias Stabil, Keluarga Kecewa Tindakan Pihak Tidak Bertanggungjawab Sebar Berita Palsu

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.



Ipoh, 6 Nov: Orang ramai dinasihatkan agar tidak percaya dan memviralkan berita tidak sahih mengenai penceramah bebas, Ustaz Kazim Elias yang sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di sini.

Abangnya, Mohd Najmudin Elias berkata Ustaz Kazim kini berada dalam keadaan stabil dan sudah dimasukkan ke wad untuk pemeriksaan endiskopi pada 11.30 pagi tadi.

Menurut Najmudin lagi, dia dan keluarga sedih akan penyebaran berita palsu tentang Ustaz Kazi m oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Saya meminta mana-mana pihak sama ada musuh mahupun rakan kepada Ustaz Kazim agar menghentikan spekulasi mengenai keadaan adik saya ini.

Doktor akan memberitahu keputusan pemeriksaan pada petang ini dan saya akan sentiasa memberitahu pihak media untuk sebarang perkembangan lanjut,” katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Semalam, Ustaz Kazim dimasukkan ke sebuah hospital swasta di sini selepas mengadu sakit perut serta mengalami muntah, cirit birit dan penat luar biasa.

Sumber: Harian Metro

sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *