Home > Berita > Van Jenazah Berat, Papan Liang Lahad Mengecil” Saya Dan Pembantu Hanya Mampu Berdoa!!!!

Van Jenazah Berat, Papan Liang Lahad Mengecil” Saya Dan Pembantu Hanya Mampu Berdoa!!!!

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

SALAH SATU DARIPADA PENGALAMAN YANG SAYA LALUI SENDIRI KETIKA MENGURUSKAN JENAZAH.

Assalamualaikum Syukur ke hadrat ALLAH S.W.T diberi kesempatan lagi untuk berkongsi dengan sidang pembaca siri pengalaman saya dalam menguruskan jenazah sebagai jalan iktibar dan suntikan muhasabah agar kita dapat menjalani kehidupan mengikut syariat dan sunnah.

fyhxfthf

Berlaku kira-kira dua tahun yang lalu, selesai menghantar satu jenazah ke Pasir Mas Kelantan, saya dikejutkan dengan satu panggilan dari Bilik Mayat Hospital Selayang bagi menguruskan satu lagi jenazah yang perlu dihantar ke Tanah Merah Kelantan. Atas amanah dan tanggungjawab saya bersama seorang pembantu bergegas ke hospital dan menguruskan jenazah hinggalah selesai.

Saya difahamkan arwah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya. Proses penyucian mengambil masa selama 2 jam disebabkan pendarahan yang banyak dari mulut telinga dan hidung arwah. Sepanjang proses pengurusan, hati saya tak henti berdoa agar jenazah dapat dipermudahkan secepat mungkin. Langkah terbaik yang dapat dilakukan dengan menyumbat sebanyak mungkin kapas bagi tujuan pemberhentian darah dan membungkus dengan plastik agar tidak meninggalkan kesan kotor pada kain kafan. Selepas selesai urusan solat saya bersama pembantu sekali lagi memulakan perjalanan ke pantai timur.

Sepanjang perjalanan, saya perasan akan perubahan pada riak wajah pembantu saya yang sedang memandu ketika itu. Akhirnya tekaan saya terjawab apabila pembantu saya bertanya tentang peribadi arwah serba sedikit. Saya memaklumkan padanya bahawa jenazah berumur dalam lingkungan 20an dan mempunyai susuk tubuh yang kecil sahaja. Dengan rasa ketakutan dia berterus terang pada saya bahawa van yang dipandunya tidak berkeadaan seperti biasa. Dia terasa amat berat dan perjalanan yang hanya memakan masa lebih kurang 5 jam telah melebihi 9 jam. Dalam waktu dan dugaan sebegini selalunya saya mengambil langkah untuk tenang dan tidak melatah dan hanya berdoa pada ALLAH S.W.T agar jenazah ini selamat sampai ke destinasinya. Hampir jam 12.30 malam kami selamat sampai ke Tanah Merah dan saya diarahkan oleh warisnya agar membawa jenazah ke masjid berhampiran bagi tujuan solat dan pengebumiannya dengan kadar segera.

Ketika urusan pengebumian, sekali lagi saya diduga dan ALLAH S.W.T benar benar ingin menunjukkan kekuasaannya. Orang kampung yang membantu mengangkat jenazah untuk dimasukkan ke dalam liang lahat turut tersentak apabila saiz jenazah dan saiz liang lahat tidak sekata meskipun sudah diukur terlebih dahulu. Dalam waktu getir itu penggali kubur juga turut tidak kelihatan dan sekali lagi suasana menjadi kalut. Memandangkan jenazah ini tidak elok disimpan hingga esok, saya bertindak mengarahkan orang kampung membesarkan liang lahat dan saya mengukur papan lahat semula dengan saiz jenazah sebagai menutupi liang nanti, dua kali jenazah dimasukkan dan diangkat semula kerana liang lahat tidak muat untuk jenazah masuk. Alhamdulillah ALLAH memudahkan urusan jenazah yang selesai dimasukkan ke dalam liang lahat namun sekali lagi saya dan orang kampung dikejutkan apabila papan lahat yang saya ukur sendiri sebentar tadi menjadi kecil sewaktu proses menutup liang lahat.

ALLAH HU AKHBAR !!! ini adalah pengalaman pertama dalam hidup saya sepanjang pengurusan jenazah dan tidak pernah lagi mengalami situasi sebegini. Papan lahat tadi tidak cukup saiz seperti yang asal. Saya kuatkan semangat serta beberapa orang kampung bersama sama kami memohon doa agar ALLAH S.W.T mengampunkan dosa dosa arwah. Setelah menunggu agak lama akhirnya waris arwah telah menggantikan papan lahat yang baru dan jenazah telah selamat disempurnakan. Syukur alhamdulillah.

Sepanjang perjalanan pulang ke KL saya dan pembantu lebih banyak mendiamkan diri. Segala peristiwa yang baru kami lalui sebentar tadi meninggalkan kesan yang sukar dilupakan. Apa yang perlu diambil sebagai pengajaran adalah hikmah ALLAH S.W.T menunjukkan kekuasaannya pada kita yang masih hidup. Tidak perlulah diungkit apakah dosa yang telah dilakukan oleh arwah hinggakan kematiannya diuji sedemikian, sebaliknya kita jadikan iktibar dan sempadan diri agar menjauhi perkara yang dilarang olehNya. Memperingati diri saya juga agar sering bertaubat dan menjaga hubungan dengan ALLAH S.W.T dan manusia agar tidak tersasar dari landasan syariat dan sunnah.

Mohon ampun dan maaf andai perkongsian saya ini mengundang ketidakpuasan hati mana mana pihak. Demi ALLAH S.W.T tiada niat mengaibkan sesiapa sekadar menyuntik kesedaran dan muhasabah agar kita kembali ke jalan ALLAH S.W.T selagi pintu taubat masih terbuka. Jazakallah khairan kathira.

Sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *